EPL: Chelsea terdesak hadapi Brighton

EPL: Chelsea terdesak hadapi Brighton

EPL: Chelsea terdesak hadapi Brighton
CHELSEA perlu mengambil peluang aksi menentang Brighton untuk bangkit daripada kekalahan kepada Newcastle sebelum ini. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui pasukannya perlu menjadikan diri sendiri menjadi musuh utama pasukannya selepas dipalit beberapa keputusan tidak menentu musim ini.

Selepas cemerlang ketika menentang Tottenham Hotspur dan Manchester City, kekalahan 1-4 kepada Newcastle United sebelum ini cukup menyakitkan dan kini tiada pilihan lain kecuali perlu bangkit pada pertemuan dengan Brighton malam ini.

Rentetan itu, pengurus dari Argentina itu menjelaskan beliau kini sedang mencari identiti sendiri bagi mengubah prestasi tidak menentu The Blues sepanjang 13 perlawanan awal yang menyaksikannya Chelsea hanya mampu raih empat kemenangan.



“Ia adalah minggu yang sukar buat semua orang, namun saya gembira kerana pemain menunjukkan tindak balas dengan cukup baik. Kami perlu salahkan diri sendiri kerana pendekatan yang kami gunakan ketika bertemu Newcastle mungkin salah.

“Tetapi, ia juga bagus untuk kami mengenalpasti kelemahan dan kami harus jadi lebih matang untuk kekal konsisten. Situasi seperti ini juga pastinya boleh membantu pasukan jadi lebih baik.

“Paling penting sekarang adalah tidak melihat kepada pengakhiran musim sebaliknya lihat kepada proses peningkatan setiap hari kerana ia akan jadi perkara paling sukar. Musuh utama kami adalah diri sendiri dan kami kena lebih fokus,” katanya.

Untuk aksi dengan Brighton kali ini, Pochettino juga tidak akan sesekali mengalah dan bersedia untuk melepaskan kemarahannya kepada pemain jika gagal bangkit daripada kekalahan kepada Newcastle. – AGENSI



EPL: Chelsea terdesak hadapi Brighton


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker