Israel perluas operasi darat ke seluruh Gaza

Israel perluas operasi darat ke seluruh Gaza

Israel perluas operasi darat ke seluruh Gaza
FOTO menunjukkan asap tebal susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Israel meluaskan operasi daratnya ke seluruh bahagian Gaza, kata jurucakap tentera pada lewat Ahad.

“Tentera Israel sedang mara ke arah setiap penempatan Hamas,” kata Daniel Hagari kepada pemberita, lapor Agensi Anadolu.

Hagari berkata, sokongan udara intensif digunakan untuk membantu pasukan darat mara di kawasan bandar.



Beliau berkata, tentera juga meneruskan serangan darat dan udara terhadap tentera kumpulan HizbullahLubnan di utara Israel.

Roket yang dilepaskan dari wilayah Lubnan membedil kenderaan tentera di bandar Beit Hillel di utara Israel, menyebabkan kecederaan, katanya.

Sementara itu, tentera Israel terus menyasarkan bandar yang padat penduduk, Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, dengan suar.

Kereta kebal dan unit perisai tentera Israel ditempatkan di timur Khan Yunis, yang kini dibom hebat dari darat dan udara, menurut seorang wartawan Agensi Anadolu di lapangan.



Puluhan keluarga cuba berpindah ke pusat bandar dari kawasan di mana konflik semakin meruncing.

Israel turut memperhebat operasi di Bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza, pada awal Jumaat, selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober lalu.



Sementara itu, angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 15,523 sejak bermulanya konflik pada 7 Oktober, lapor Kementerian Kesihatan Gaza.

Israel perluas operasi darat ke seluruh Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading