Kapal AS patahkan serangan dron Houthi di Laut Merah

Kapal AS patahkan serangan dron Houthi di Laut Merah

Kapal AS patahkan serangan dron Houthi di Laut Merah
KAPAL pemusnah kelas Arleigh-Burke, USS Carney. FOTO Fail Reuters

Sanaa, Yaman: Sebuah kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), pada Ahad, menembak jatuh beberapa dron ketika membantu kapal komersial di Laut Merah yang menjadi sasaran serangan dari Yaman, kata Komando Pusat AS (Centcom).

Pemberontak Houthi Yaman yang disokong Iran berkata mereka menyasarkan dua daripada kapal itu.

Kumpulan itu melancarkan satu siri dron dan peluru berpandu ke arah Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini, seterusnya merampas sebuah kapal kargo bulan lalu.



Bagaimanapun, serangan terbaru menandakan peningkatan ketara dalam ancaman penghantaran di kawasan itu.

“Hari ini, terdapat empat serangan terhadap tiga kapal komersial berasingan yang beroperasi di perairan antarabangsa di selatan Laut Merah,” kata Centcom dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan sama, kapal pemusnah kelas Arleigh-Burke, USS Carney menjawab panggilan kecemasan daripada kapal dan memberikan bantuan dan kemudian menembak jatuh tiga dron menuju ke kapal perang pada siang.

USS Carney mengesan peluru berpandu dilepaskan dari kawasan dikawal pemberontak Houthi di Yaman, yang didapati mendarat berhampiran kapal M/V Unity Explorer yang mempunyai bendera Bahamas. Kapal kargo itu kemudiannya melaporkan kerosakan kecil daripada peluru berpandu lain dari kawasan dikuasai pemberontak itu.



MV Nombor 9 berbendera Panama, sebuah kapal pengangkut pula melaporkan kerosakan tetapi tiada kemalangan jiwa disebabkan oleh peluru berpandu dari Yaman.

Sementara MV Sophie II, yang turut mengibarkan bendera Panama berkata, ia turut terkena serangan tetapi tidak mengalami sebarang kesan ketara.

Centcom berkata, serangan itu mewakili ancaman langsung kepada perdagangan antarabangsa dan keselamatan maritim.

“Kami juga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa serangan ini, semasa dilancarkan oleh Houthi di Yaman, didayakan sepenuhnya oleh Iran.

Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan ke atas kapal Unity Explorer dan Nombor 9 dalam satu kenyataan di media sosial.

Kapal AS patahkan serangan dron Houthi di Laut Merah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker