Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
Di dalam laman sosial, Dr Mahathir berkata, UMNO mesti berpisah dengan DAP serta kembali ke perjuangan asal parti.
Perjuangan UMNO mesti kepada kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air, sekiranya mahu sokongan kembali kepada UMNO.
“Semua sedar UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama”.
“Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah”.
“Lagipun pengundi UMNO bukan lagi yang ketahui jasa UMNO kepada negara”.
“Mereka sudah tua dan tidak lagi aktif dalam arena politik”.
“Pengundi muda dibesar setelah negara maju”.
“Mereka berpendapat memanglah negara maju sehingga penuh dengan pencakar langit”.
“Peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju sekarang tidak disedari oleh mereka”.
“Dalam PRU 16, UMNO akan hapus sama sekali”.
“Yang boleh selamat UMNO ialah pemisahan dari DAP dan kembali perjuangan untuk bangsa, negara dan agama”.
“Pemimpin yang usang perlu digugurkan dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula, khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu”.
“Saya sedih kerana bapa yang menyelamat UMNO pada satu masa dahulu, anak yang musnahkan UMNO setelah mengambil alih kepimpinan”.
“Suka atau tidak suka inilah kenyataan”.
“Inilah mesej Kemaman,” coret Dr Mahathir dalam laman sosial beliau.
Siapa Sebenarnya Pembunuh UMNO
Benarkah apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir?
Mari kita melihat fakta sejarah.
Sejak penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, UMNO telah menjadi parti dominan orang Melayu yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Perpecahan (kalau boleh dikatakan perpecahan) pertama berlaku dalam UMNO pada 17 Disember 1977.
PAS yang tidak setuju dengan pengisytiharan darurat di Kelantan, telah tersingkir dari kerajaan bersama Barisan Nasional dan PAS.
Perpecahan besar yang pertama berlaku dalam UMNO pada tahun 1987.
Dalam pemilihan UMNO, Tengku Razaleigh telah mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden UMNO.
Walau pun menang dengan undi tipis, Dr Mahathir didakwa telah menggunakan ‘cara kotor’ untuk menewaskan Tengku Razaleigh.
Pergeseran antara Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh akhirnya membawa kepada pengharaman UMNO oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.
Selepas UMNO (Baru) berjaya didaftarkan semula, Dr Mahathir telah membuat tapisan dengan tidak membenarkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau menjadi ahli UMNO.
Ini membuatkan Tengku Razaleigh dan penyokong beliau dari UMNO menubuhkan parti Semangat 46.
Sepuloh tahun selepas itu berlaku perpecahan besar dalam UMNO buat kali kedua.
Dr Mahathir telah memecat Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO pada 2 September 1998 atas alasan salah guna kuasa dan liwat.
Anwar dan penyokong beliau yang marah dengan tindakan Dr Mahathir telah keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Parti Keadilan Nasional.
Parti Keadilan nasional kemudiannya secara rasminya didaftarkan sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2002.
Jadi, siapa sebenarnya yang melemahkan UMNO?
Siapa sebenarnya pembunuh kekuatan UMNO?
Budaya Rasuah Dalam UMNO
Sejak dari kepimpinan presiden UMNO yang pertama Dato’ Onn Jaafar hinggalah kepada kepimpinan presiden UMNO keempat, Tun Hussien Onn, tiada budaya rasuah dalam UMNO.
Budaya rasuah dalam UMNO tumbuh segar bermula dari tahun 1988.
Ianya berlaku ketika pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh bagi jawatan presiden UMNO.
Dr Mahathir yang merasakan akan kalah, telah menggunakan pelbagai cara untuk menewaskan Tengku Razaleigh.
Maklumat dari perwakilan yang hadir ketika pemilihan ketika itu memaklumkan amalan rasuah dilakukan secara terbuka tanpa segan silu.
Jadi, siapakah Bapa Rasuah dalam UMNO sebenarnya?
Apakah punca sebenar pergeseran antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim dalam UMNO?
Bukankah kerana Anwar menentang amalan kronisma dan korupsi kepimpinan tertinggi UMNO ketika itu?
Tidak perlulah Dr Mahathir mengaitkan nama DS Najib dengan masalah UMNO hari ini.
Tangan siapa sebenarnya yang masih basah dengan darah dan airmata pejuang UMNO?
Benar, UMNO kini sedang bergelut untuk bangkit semula.
Tetapi belum ada dalam sejarah UMNO, mana-mana calon UMNO hilang duit deposit dalam pilihanraya sebagaimana Dr Mahathir.
Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
- Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam
- Remaja Mengaku Tidak Bersalah Cuba Rompak Pemandu
- Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka