UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu

UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu

UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu

Sama ada suka atau tidak, sudah tiba masanya pemimpin UMNO keluar dari zon penafian.

Pemimpin UMNO mesti mengakui UMNO kini sudah semakin dijauhi oleh bangsa Melayu.

Benar seperti kata presiden UMNO, keputusan PRK Kemaman bukanlah referendum penolakan bangsa Melayu kepada UMNO.



Tetapi apakah beliau lupa, sebelum PRK Kemaman, beliau sendiri yang mengatakan parlimen Kemaman sebenarnya adalah kubu kuat UMNO.

Pemimpin UMNO boleh mencipta pelbagai alasan untuk menyedapkan hati mereka.

Tetapi mereka tidak akan mampu menafikan fakta dan data yang gerbentang di hadapan mata.

Fakta yang ada sekarang adalah UMNO tewas teruk dalam 3 negeri yang majoritinya adalah bangsa Melayu dalam PRN di 6 buah negeri.



Juga fakta menunjukkan, majoriti PAS di PRK Kemaman meningkat sebanyak lebih dari 10,000 undi berbanding PRU 15.

Hujah apa lagi yang mahu digunakan untuk menafikan fakta tersebut.

Sekiranya pemimpin UMNO masih lagi berkhayal dan berterusan berada dalam penafian, tidak mustahil satu hari nanti parti UMNO akan dipindahkan ke muzium.

Malah Timbalan Presiden UMNO, DSU Mohamad Hasan sendiri mengakui UMNO masih jauh untuk mendapatkan kepercayaan orang Melayu.



Menurut Tok Mat Hasan, tugas mengembalikan kepercayaan orang Melayu ke pangkuan UMNO adalah sukar tetapi bukan mustahil.

“Tetapi buat masa ini, UMNO mesti menerima realiti orang Melayu masih jauh daripada mempercayainya sebagai wakil politik mereka yang berkesan,” tegas beliau.

Seperti pesan orang tua, setiap penyakit berpunca dan setiap kematian bersebab.

Carilah punca mengapa orang Melayu boleh hilang kepercayaan kepada UMNO yang satu ketika dahulu sangat mereka sayangi.



Jangan biarkan penyakit UMNO berpanjangan hingga membawa kepada kematian parti yang sangat disayangi orang Melayu satu ketika dahulu.

 

UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button