Suspek ketiga naiki Bezza diburu

Suspek ketiga naiki Bezza diburu

Suspek ketiga naiki Bezza diburu
Antara barang ditemui dalam Bezza dipandu sejauh 50km hingga ke Cyberjaya untuk melarikan diri daripada ditahan polis, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan suspek ketiga dipercayai menaiki kereta Perodua Bezza yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Utara menghala Cyberjaya, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid, berkata hanya dua suspek ditahan menaiki kenderaan itu kelmarin, iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun yang ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang.

Katanya, siasatan turut dibuat mengenai hubungan antara kedua-dua suspek yang ditahan dengan suspek ketiga.



Beliau berkata, polis mengejar Bezza berkenaan selepas mendapati pemandunya bertindak agresif apabila enggan memberhentikan kenderaan selepas ditahan di Sungai Way, Petaling Jaya oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek lelaki itu mempunyai rekod dikehendaki polis dan 11 kes jenayah samun berkumpulan serta menggunakan senjata.

Dalam cubaan melarikan diri, katanya, pemandu Bezza itu melanggar seorang anggota URB yang cuba menahannya sehingga mengalami kecederaan.

“Siasatan sedang dijalankan sama ada suspek dalam cubaan melakukan jenayah atau mencari sasaran ketika ditahan.



“Pemeriksaan dalam kereta membawa kepada penemuan pisau, gunting, set sarung tangan, kad pengenalan individu lain dan empat keping kad debit,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang direman empat hari itu tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek ketiga naiki Bezza diburu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker