Polis tahan lelaki sokong hubungan diplomatik dengan Israel

Polis tahan lelaki sokong hubungan diplomatik dengan Israel

Polis tahan lelaki sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai Victor Yong bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya menyokong hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial warga Israel.

Penahanan Yong, 36, dibuat di Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya bersama Hananya Naftali, yang kemudian di muatnaik dalam laman TikTok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Yong ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini.



“Kebenaran permohonan reman terhadap suspek diberikan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Pada masa ini, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Undang-Undang Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut




“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, kes itu masih di peringkat siasatan dan orang ramai disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau ulasan yang boleh mengganggu siasatan.

Semalam, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh sekumpulan individu yang mendesak pihak polis menyiasat temuramah antara Yong dan Hananya.

Dalam video temubual berdurasi 5.33 saat yang disiarkan dalam laman sosial X, Hananya, Yong mendakwa perlunya ada hubungan diplomatik antara Malaysia dan kerajaan rejim Zionis Israel.



Dalam temubual itu, Yong yang mengakui berasal dari Johor Bahru, menyatakan rakyat Malaysia kononnya mempunyai pandangan yang silap mengenai Israel dan elemen kebencian ini dibawa oleh kumpulan pejuang Fatah dan Hamas yang disalurkan kepada rakyat Malaysia.

Malah, Yong juga menyatakan perlunya ada normalisasi hubungan antara Malaysia dan Israel di mana kedutaan Israel harus diwujudkan di negara ini dan kerajaan Malaysia juga harus mempunyai kedutaan di Israel.

Polis tahan lelaki sokong hubungan diplomatik dengan Israel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button