Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP
Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP
Dr Mahathir sekali lagi memainkan sentimen anti DAP sebagaimana biasa.
Tetapi kali ini, matlamat Dr Mahathir bukanlah supaya orng Melayu membenci DAP.
Dr Mahathir sedar DAP sudah berubah wajah dari sebelumnya.
Tetapi matlamat utama Dr Mahathir adalah untuk membunuh UMNO secara total sebagaimana yang beliau katakan UMNO akan pupus dalam PRU 16.
Aopa modus operandi Dr Mahathir kali ini?
Dr Mahathir tahu, tidak mungkin UMNO akan meninggalkan Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan.
Secara mudah, teras sokongan kepada 2 parti dominan dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP, adalah dari pengundi bukan Melayu dan Melayu bandar.
Cuma PAN sahaja yang banyak bergantung dengan undi dari pengundi Melayu memandangkan PAN mempunyai DNA PAS.
Bersama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja membolehkan UMNO menjadi sebahagian dari kerajaan.
Tetapi juga agihan kerusi yang boleh UMNO dapat dalam PRU 16 juga banyak dan peluang memenanginya juga agak baik.
Semua kerusi majoriti pengundi Melayu yang ditandingi oleh DAP dan PKR pasti akan diberikan kepada UMNO kerana peluang memenanginya lebih besar.
DAP dan PKR sudah pasti akan menumpukan perhatian di kawasan bukan Melayu dan Melayu bandar.
Sekiranya UMNO bersama dengan Perikatan Nasional, paling banyak kerusi yang diagihkan kepada UMNO hanyalah 26.
PAS dan PPBM sudah pasti mahu menambah kerusi mereka disamping mengekalkan kerusi yang mereka miliki.
Modus Operandi Dr Mahathir
Dr Mahathir mengetahuinya dan beliau menggunakan DAP untuk menimbulkan penolakan orang Melayu terhadap UMNO.
Naratif yang mahu dicipta oleh Dr Mahathir adalah kerana tamak kepada kuasa dan melepaskan diri dari kes mahkamah, pemimpin UMNO sanggup bersekongkol dengan musuh orang Melayu.
Realitinya, sejak menjadi kerajaan, belum ada isu yang ditimbulkan DAP telah mengancam kedudukan orang Melayu.
Malah, DAP bertindak tegas terhadap pemimpin mereka seperti Ramasamy yang cuba membuat provokasi dengan orang Melayu.
Tetapi Dr Mahathir sedar, orang Melayu sudah muak untuk mendengar pembohongan beliau.
PRU 15 menjadi fakta bagaimana Dr Mahathir ditolak secara total oleh orang Melayu.
Cara terbaik yang difikirkan oleh Dr Mahathir ialah menjadikan Isham Jalil sebagai baruah untuk menjadi jurucakap beliau.
Isham Jalil dilihat oleh Dr Mahathir sebagai pemimpin muda yang bijak dan paling penting beliau adalah ahli MKT UMNO (baru dipecat).
Dr Mahathir juga tahu, keadaan Isham Jalil yang kini ibarat melukut di tepi gantang, baik dalam UMNO atau Kerajaan Perpaduan.
Krisis antara Isham Jalil dengan presiden UMNO, DS Zahid, digunakan Dr Mahathir sepenuhnya.
Isham dipengaruhi dan diberikan kesempatan untuk menjadi baruah Dr Mahathir sebagai jurucakap beliau.
Jika berjaya, Isham boleh dipertimbangkan dengan jawatan penting dalam SG4 memandangkan Dr Mahathir adalah penasihatnya.
Tidak hairan, kini Isham bercakap dengan nada yang sama dengan Dr Mahathir.
Demi jawatan, bangsa Melayu sanggup Isham gadaikan.
Mungkin ini politik bersih yang beliau maksudkan!!!
Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
- Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut