Polis Cekup Individu Promosi Israel
Polis Cekup Individu Promosi Israel
Polis telah menangkap seorang individu yang didakwa mempromosikan hubungan Malaysia dan Israel.
Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain.
“Permohonan reman selama tiga hari bermula 6 Disember 2023 hingga 8 Disember 2023 telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru”.
“Siasatan mendapati kenyataan (individu) itu dibuat dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali”.
“Ianya kemudian telah dimuat naik dalam laman Tiktok,” katanya pada satu kenyataan semalam.
Mohd Shuhaily berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), JSJ Bukit Aman menjalankan siasatan kes tersebut.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.
Siasatan juga dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian.
Sebelum ini tular di platform X, Facebook serta Youtube video temu bual individu itu bersama pempengaruh dari Israel itu.
Video itu kali pertama dimuat naik dalam talian di You Tube pada 17 Disember 2021 sebelum dikongsi semula di platform X Naftali semalam.
Dalam temu bual dengan pempengaruh Israel itu, suspek berkata masyarakat Arab telah merosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel.
Dan kegiatan Arab radikal sangat aktif di Malaysia.
Dalam video itu juga kelihatan bendera Israel dikibarkan di sebelah Jalur Gemilang dalam biliknya sewaktu rakaman itu.
Polis Cekup Individu Promosi Israel
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
- Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut