Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula

Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula

Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula

Selepas mengalami kekalahan dalam PRK Kemaman, UMNO semakin dikecam.

Kecaman dibuat oleh beberapa pihak sama ada dari luar mahu pun dalam parti tersebut.

Sebagaimana biasa, presiden UMNO, DS Zahid, menjadi sasaran utama kritikan dan kecaman yang ditujukan.



Mereka berhujah, punca utama UMNO hilang kepercayaan orang Melayu adalah kerana menyertai pakatan yang terdapat DAP didalamnya.

Persoalannya, apakah hujah mereka itu satu fakta atau auta?

Penulis bersetuju UMNO kini sudah kehilangan sokongan dan kepercayaan dari orang Melayu, walau pun tidak secara sepenuhnya.

Tetapi, sekira ianya dibiarkan, tidak mustahil satu masa nanti, nama UMNO akan hanya terpahat di dalam muzium politik tanah air.



Hidup atau mati UMNO banyak bergantung kepada sokongan dan kepercayaan dari orang Melayu.

Tetapi penulis tidak bersetuju punca UMNO kehilangan sokongan orang Melayu adalah kerana DAP.

Sebagaimana yang dikatakan Dr Fuad Zarkashi, orang Melayu sudah memberikan isyarat penolakan sejak dari PRU 14 pada tahun 2018.

Keadaan semakin membarah di dalam PRU 15, apabila UMNO hanya berjaya memenangi 26 kerusi parlimen.



Apakah ketika itu UMNO sudah melakukan kerjasama dengan DAP?

Sekiranya DAP adalah punca penolakan orang Melayu, mengapa UMNO masih lagi memenangi PRK DUN Pelangai yang majoritinya adalah orang Melayu?

Punca Penolakan Orang Melayu

Parti yang menjadi pesaing UMNO dalam politik ialah PAS.

Tanpa ramai sedari, PAS telah merekrut penyokong mereka seawal usia 4 tahun lagi.



PASTI yang ditadbir oleh Pemuda PAS telah berjaya mendoktrinkan kanak-kanak PASTI bagi memastikan kesinambungan sokongan terhadap PAS.

PASTI boleh menafikannya, tetapi bolehkah mereka menafikan kanak-kanak tersebut diberikan pendedahan awal terhadap PAS dalam program di luar kelas?

Siapakah yang hadir untuk merasmikan pelbagai majlis yang melibatkan PASTI?

Apakah tidak ada pendidik PASTI yang menjadi muslimat PAS?



Sebahagian besar lepasan PASTI akan meneruskan pembelajaran di SRITI dari umur 7 hingga 12 tahun.

SRITI juga ditadbir sepenuhnya oleh parti PAS.

Pendidikan yang ditadbir oleh parti PAS tidak hanya setakat berakhir di SRITI, tetapi akan disambung pula di SMITI di peringkat sekolah menengah.

Bagi yang tidak mampu, mereka akan menyambung pelajaran di pondok yang ditadbir oleh pemimpin PAS.



Selepas berbelas tahun diberikan pendedahan dengan pemimpin dan muslimat PAS, apakah ada kemungkinan mereka tidak taksub dengan pemimpin PAS?

Jadi, tidak sukar untuk mereka ‘beriman’ dengan penipuan pemimpin PAS walau pun pelbagai penjelasan diberikan.

Apa Yang Perlu UMNO Lakukan

Langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk memperkenalkan tadika pra tahfiz di KEMAS adalah langkah yang bijak, walau pun sudah agak terlewat.

Sementara menunggu anak-anak ini dewasa dengan persekitaran yang lebih adil di KEMAS, UMNO tidak boleh lagi menggunakan strategi selesa.

Bermula dari peringkat cawangan hingga ke peringkat pusat, serangan mesti dibuat terhadap PAS.

Dedahkan penipuan demi penipuan serta kecurangan pemimpin-pemimpin PAS di setiap ceruk tanah air.

Pendedahan terhadap penipuan pemimpin PAS tidak boleh lagi hanya diletakkan di bahu UMNO pusat.

Promosikan tadika pra tahfiz KEMAS supaya dapat menyaingi PASTI.

Tadika pra tahfiz KEMAS TIDAK lagi boleh menjadi ‘sekolah makan’ atau kelas belajar memasak.

Singkirkan pengasuh yang tidak berkelayakan, gantikan dengan yang benar-benar konited dan berkelayakan.

Dari cawangan hingga ke pusat mesti berkerjasama dalam memberikan penjelasan terhadap serangan pemimpin PAS kepada UMNO.

Mungkin hasilnya tidak akan dapat dilihat dalam tempoh waktu yang singkat.

Tetapi kita akan mewariskan parti keramat ini kepada generasi akan datang dalam keadaan kita menerimanya dari generasi terdahulu.

Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button