Kepimpinan PAS Ugut Ahli Parlimen Mereka
Kepimpinan PAS Ugut Ahli Parlimen Mereka
Takut kehilangan sokongan dari ahli parlimen sendiri, kepimpinan PAS mula memberikan ugutan kepada ahli parlimen mereka.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, memberikan amaran kepada ahli parlimen PAS supaya tidak memberikan sokongan kepada perdana menteri.
Alasan yang digunakan adalah dengan baiah dan sekali gus berdepan pemecatan sekiranya berbuat demikian.
“Sudah tentu akan dipecat daripada parti, dia tak dikira mewakili PAS dalam parlimen, tapi kalau dia buat, dia secara automatik akan terpecat”.
“Kepada ahli berhormat, kita dah berikrar dan baiah atas nama Allah”.
“Maka kita bukan bertanggungjawab dengan presiden, dengan jawatankuasa pusat sahaja”.
“Kita bertanggungjawab dengan Allah”.
“Kita akan berhadapan dengan Allah untuk dibicarakan atas apa tindakan yang kita buat”.
“Bicara di hadapan Allah dahsyatlah, sebab Allah tahu apa niat kita, waktu kita lakukan itu,” dakwa Hashim Jasin.
Amaran yang dibuat oleh Hashim Jasin itu adalah sebagai respon terhadap kenyataan ada beberapa ahli parlimen Perikatan Nasional yang akan memberikan sokongan kepada kerajaan.
Walau pun tidak dinyatakan sama ada ianya terdiri dari ahli parlimen PPBM atau PAS, amaran Hashim Jasin memberikan bayangan ianya mungkin ahli parlimen PAS.
Mungkin kerana sudah dapat menghidu perkara tersebut, maka kepimpinan PAS segera mengarahkan Hashim Jasin untuk memberikan amaran.
Penulis setuju kenyataan Hashim Jasin bahawa Allah SWT tahu niat mengapa kita melakukan sesuatu.
Cuma pada pendapat penulis, mungkin Hashim Jasin lupa.
Pasti Allah SWT juga tahu perancangan PAS untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap dengan modus operandi yang sama.
Apakah bila ianya dilakukan oleh PAS, maka kita akan terlepas dari berhadapan dengan Allah SWT?
Tetapi bila ianya dilakukan oleh musuh PAS, maka kita akan berhadapan dengan Allah SWT?
Kitab mana dan hukum mana yang menyatakan demikian?
Kepimpinan PAS Ugut Ahli Parlimen Mereka
Di Syorkan Untuk Anda:
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
- Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata