Peniaga didakwa terima harta curi lebih RM515,000

Peniaga didakwa terima harta curi lebih RM515,000

Peniaga didakwa terima harta curi lebih RM515,000
Mohd Fairus (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar selepas mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan memiliki harta curi. – Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas 10 pertuduhan menerima harta curi bernilai lebih RM515,000 milik seorang wanita warga emas antara 2018 hingga 2019.

Mohd Fairus Md Noor, 36, didakwa secara tidak jujur menerima harta curi iaitu wang berjumlah RM515,523.80 kepunyaan Manjeet Kaur Syran Singh, 72, menerusi 10 transaksi di CIMB Bank Berhad, Jalan Sulaiman di sini, antara 21 November 2018 hingga 26 Disember 2019.

Wang itu didakwa berada dalam akaun CIMB Bank yang didaftarkan atas nama Mohd Fairus dan lelaki itu mengetahui serta ada sebab mempercayai bahawa harta tersebut adalah harta curi.



Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Hafizah Abdullah.

Peniaga didakwa terima harta curi lebih RM515,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button