Tok Mat Hasan Turun Pangkat?

Tok Mat Hassan Turun Pangkat

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?

Pengumuman rombakan kabinet yang diumumkan oleh perdana menteri semalam menyaksikan pertukaran beberapa potfolio dan ada yang melibatkan pemimpin UMNO.

Antara pemimpin UMNO yang terlibat dalam rombakan tersebut ialah DSU Mohamad Hasan (Tok Mat Hassan), Khaled Nordin dan Dr Zambri Kadir.

Manakala Azalina Othman Said pula dikekalkan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang & Reformasi Institusi).



Tok Mat Hasan ditukarkan dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Luar Negeri yang sebelum ini disandang oleh Dr Zambri Kadir.

Menteri Pertahanan yang dikosongkan oleh Tok Mat Hasan akan diganti oleh Khaled Nordin.

Dr Zambri Kadir pula akan mengisi kekosongan jawatan Menteri Pendidikan Tinggi yang dikosongkan oleh Khaled Nordin.

Pengadu Domba Perikatan Nasional Ambil Kesempatan

Rombakan ini dengan segera digunakan oleh Perikatan Nasional untuk menimbulkan perselisihan antara DS Zahid dan Tok Mat Hasan.



Perikatan Nasional mendakwa, pertukaran potfolio Tok Mat Hasan dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Luar Negeri sebagai turun pangkat.

Kononnya kerana Kementerian Pertahanan adalah potfolio kanan.

Untuk maklumat pengadu domba dari Perikatan Nasional, pentadbiran Kerajaan Perpaduan berbeza dengan Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Keluarga Malaysia.

Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Keluarga Malaysia tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri.



Jadi untuk menggalas tugas perdana menteri semasa ketiadaan beliau, maka diwujudkan potfolio kanan atau jawatan menteri kanan.

Kerajaan Perpaduan mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri.

Apakah ada keperluan untuk pentadbiran sekarang mempunyai menteri kanan?

Mantan Ketua Penerangan PPBM yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah, Wan Saiful, pula berkata Tok Mat Hasan ditukarkan untuk sejuk bekukan beliau dalam UMNO.



Bagi penulis, ini satu lagi dakwaan yang tidak berasas.

Jawatan Menteri Luar Negeri tidak memerlukan Tok Mat Hasan sepanjang masa berada di luar negara.

‘Work station’ Tok Mat Hasan adalah di Wisma Putra dan Wisma Putra berada dalam Malaysia.

Sekiranya Tok Mat Hasan dilantik sebagai duta ke negara luar, penulis bersetuju ianya penurunan pangkat dan langkah untuk sejuk bekukan Tok Mat Hasan.



Kerana seorang duta perlu sepanjang masa berada atau sekurang-kurangnya sebahagian masa berada di luar negara.

Cuma satu jawatan duta di dunia ini yang tidak memerlukan penyandangnya berada di luar negara.

‘Di halalkan’ untuk makan gaji buta sambil mencandat sotong.

Mungkin Wan Saiful boleh tanya ‘big boss’ Perikatan Nasional, jawatan apakah itu…😜😜😜



Tok Mat Hasan Turun Pangkat?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button