Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?

Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?

Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?
Anggota Unit Forensik Polis memeriksa kereta yang ditemui terbakar di ladang sawit Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak pada 6 September 2015. Kereta yang terbakar dipercayai sama yang digunakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang dilaporkan tiga hari sebelum itu. – Foto fail NSTP/ Mohd Shahril Badri Saali

PUTRAJAYA: Prosiding rayuan enam lelaki terhadap hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Anthony Kevin Morais, hari ini memasuki hari terakhir.

Bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 60, bersama pemberi pinjaman wang, S Ravi Chanran, 52, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 31; A K Thinesh Kumar, 30; M Vishwanath, 33 serta S Nimalan, 30, merayu terhadap hukuman mati dikenakan oleh Mahkamah Tinggi atas sabitan kesalahan membunuh TPR terbabit.

Pendengaran hari ketiga itu dijangka bermula jam 10.30 pagi ini di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.



Peguam bela Vishwanath, Afifuddin Ahmad Hafifi, dan pihak pendakwaan selaku responden diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dijadualkan berhujah susulan peguam mewakili lima lagi tertuduh selesai berhujah pada 7 dan 4 Disember lalu.

Lima peguam iaitu Datuk N Sivananthan mewakili Kunaseegaran, M Manoharan (Dinishwaran), Burhanudeen Abdul Wahid (Thinesh Kumar), Amer Hamzah Arshad (Nimalan) dan Kitson Foong (Ravi Chanran).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




Selesai hujahan semua pihak, kebiasaannya panel hakim akan menetapkan tarikh lain untuk membuat keputusan, namun ada beberapa kes sebelum ini yang memperlihatkan keputusan diberikan pada hari sama.

Ada juga kemungkinan hujahan tidak dapat dihabiskan menyebabkan mahkamah menangguhkan prosiding rayuan ke tarikh lain sebelum membuat keputusan.

Pada 10 Julai 2020, semua lelaki berkenaan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh Kevin Morais.

Mereka didakwa membunuh Kevin Morais, 55, di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015 .



Mendiang dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana.

Mayatnya ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015.

Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading