Murid perempuan ugut nak bunuh guru
Murid perempuan ugut nak bunuh guru

Paris: Seorang murid perempuan mengugut seorang guru dengan pisau dalam cubaan membunuh di sebuah sekolah Perancis, Rabu lalu.
Pendakwa raya Rennes, Philippe Astruc berkata, ugutan itu jelas selain menyifatkan ia insiden terbaharu dalam sistem pendidikan negara.
“Tiada sesiapa yang cedera dalam insiden itu semasa kelas Bahasa Inggeris di bandar barat laut Rennes tetapi pendakwa raya sudah membuka kertas siasatan jenayah berhubung cubaan membunuh.
“Murid dilahirkan pada 2011 itu datang ke kelas dengan bersenjatakan pisau besar dengan niat yang jelas untuk membunuh guru bahasa Inggerisnya,” katanya.
Menurutnya, semasa proses pembelajaran di dalam kelas, murid itu mengacukan pisau ke arah guru. Ia menyebabkan guru itu melarikan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah
- Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang
- NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?
Pihak berkuasa pendidikan tempatan pada sesi sidang akhbar berkata, pisau digunakan oleh murid itu bersaiz 17 sentimeter.
“Senjata pada murid itu ‘dijatuhkan’ oleh kakitangan sekolah. Murid-murid yang terkejut, segera dipindahkan ke tempat selamat,” katanya.
Astruc dalam satu kenyataan berkata, susulan kejadian, murid itu menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital.
“Kanak-kanak di bawah umur itu berbahaya untuk dirinya sendiri dan keadaannya memerlukan penjagaan dalam persekitaran khusus,” katanya.
Suspek yang juga anak sulung daripada empat beradik berasal dari Mongolia dan bermastautin di Perancis. Mereka tiba di Rennes pada 2012.
Terdahulu, pada Oktober lalu, media mendakwa seorang individu Islam berfahaman radikal menikam bekas gurunya hingga mangsa mati di bandar utara Arras.
Awal minggu ini, guru di sebuah sekolah di luar Paris enggan bekerja selepas sekumpulan murid membantah tindakannya mempamerkan lukisan zaman Renaissance karya Giuseppe Cesari. Lukisan itu mengandungi imej beberapa wanita bogel.
Sementara itu, mahkamah Perancis, minggu lalu, mensabitkan kesalahan enam remaja kerana peranan mereka dalam pembunuhan guru Samuel Paty di luar sebuah sekolah menengah dekat Paris, pada 2020.
Murid perempuan ugut nak bunuh guru
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?
- Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
- Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal
- Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?