Promosi tujuh destinasi India
Promosi tujuh destinasi India

AIRASIA menawarkan tambang promosi istimewa kepada warga India ke tujuh destinasi selatan India serendah RM189 sehingga 24 Disember tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat terbabit turut melancarkan laluan baharu ke Thiruvananthapuram bermula 21 Februari tahun depan.
“Pengecualian visa selama 30 hari bagi warga India ke Malaysia antara inisiatif penting bagi syarikat kami.
“AirAsia mengendalikan tujuh laluan terus dari Malaysia ke bandar utara dan selatan India seperti Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru dan Kolkata melalui penerbangan jarak dekat, dengan kod penerbangan AK, manakala ke New Delhi dan Amritsar melalui penerbangan jarak sederhana, AirAsia X dengan kod penerbangan D7.
“Mulai Februari tahun depan, AirAsia memulakan penerbangan ke bandar Thiruvananthapuram di negeri selatan Kerala, menjadikannya laluan terus kedua ke negeri itu selepas Kochi,” katanya pada majlis pelancaran perjalanan tanpa visa untuk warga India ke Malaysia bersama AirAsia di sini, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah
- Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang
- NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?
Riad berkata, pihaknya meningkatkan kekerapan penerbangan antara Malaysia dan India sebanyak 69 penerbangan mingguan pada suku pertama tahun depan sehingga 1.5 juta tempat duduk setahun dan merancang menambah destinasi penerbangan.
“Selama 15 tahun menjalinkan hubungan dengan India sejak 2008, kami sentiasa berusaha meningkatkan kerjasama antara India dan Malaysia.
“Jaipur, Goa, Varanasi dan Vizag juga antara destinasi yang menjadi pilihan kami sebagai lokasi tambahan pada tahun depan,” katanya.
Promosi tujuh destinasi India
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?
- Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
- Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal
- Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :