Thaksin boleh mohon pengampunan diraja

Thaksin boleh mohon pengampunan diraja

Thaksin boleh mohon pengampunan diraja
THAKSIN Shinawatra. FOTO fail AFP

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra boleh memohon pengampunan diraja tidak lama selepas mula menjalani hukuman penjara sekembalinya ke tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri sementara atau caretaker, Wissanu Kreangam pada Khamis.

Ketika ditanya berapa hari Thaksin perlu menunggu sebelum memohon pengampunan diraja, Wissanu berkata, ia boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam pertama hukuman.

“Saya tidak tahu sama ada dia akan melakukannya. Saya tidak boleh menjawab ini untuknya,” katanya.



Menurut Wissanu, yang berkhidmat sebagai menteri kehakiman sementara atau caretaker, proses itu memerlukan banduan untuk mengemukakan rayuan bertulis kepada Raja bagi mendapatkan pengampunan.

“Bagaimanapun, mereka perlu menunggu dua tahun lagi untuk mengemukakan rayuan baharu, jika tidak diberikan pengampunan dalam percubaan pertama,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Wissanu yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang kerajaan berkata, setiap banduan berhak untuk memohon pengampunan diraja.

Thaksin dijangka pulang ke Thailand tidak lama lagi untuk menjalani hukuman penjara atas pertuduhan kes jenayah ketika zaman pemerintahannya.

Anak perempuannya, Paetongtarn, yang juga salah seorang daripada tiga calon Perdana Menteri dari parti Pheu Thai, pada Rabu berkata, Thaksin akan kembali ke Thailand pada 10 Ogos.

Ini adalah pengumuman terbaharu yang dibuat oleh Thaksin dan keluarganya mengenai kemungkinan ‘kepulangannya’.



Sebelum ini, Thaksin berkata, beliau akan kembali sebelum ulang tahun kelahirannya pada 26 Julai lalu.

Thaksin, 74, berada dalam buangan di luar negara sejak Ogos 2008. Pada Oktober tahun sama, beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun tanpa kehadiran, kerana menyalahgunakan kuasa berkaitan dengan pembelian tanah milik isterinya pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran.

Thaksin juga berdepan hukuman penjara 10 tahun dalam tiga kes rasuah berasingan dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri bermula Februari 2001 hingga September 2006. Bagaimanapun, had masa 10 tahun untuk tindakan undang-undang untuk salah satu dakwaan itu, tamat pada 2018.

Thaksin boleh mohon pengampunan diraja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading