Tokti Puji Persembahan ‘SUTERA’ Aisha Retno Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

“Lagu Yang Boleh Jadi Juara AJL38!”

Tokti Puji Persembahan ‘SUTERA’ Aisha Retno Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

Tokti Puji Persembahan ‘SUTERA’ Aisha Retno Raih Perhatian Ramai [VIDEO]
Tokti Puji Persembahan ‘SUTERA’ Aisha Retno Raih Perhatian Ramai [VIDEO]
Baru-baru ini, berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik yang ke 38, selama 3 hari berturut-turut yang mempertandingkan sebanyak 29 lagu untuk melayakkan 12 buah lagu ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu. Pelbagai kategori dipertandingkan dan balada mempunyai calonan terbanyak iaitu sebanyak 17 buah lagu.

12 buah lagu yang telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu yang ke 38, terutamanya tiga lagu utama pilihan juri iaitu Jangan Mati Rasa Itu dari Aina Abdul, Sutera dari Aisha Retno dan Santai dari Faizal Tahir yang digantikan oleh penyayi Naqiu. Rata-rata netizen berpuas hati dengan lagu utama pilihan juri tersebut yang mendapat tempat dan melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan itu.

“Dato’ Sri Siti Nurhaliza Beri Pujian Atas Persembahan Aisha Retno”

Baru-baru ini, tular video persembahan Aisha Retno yang membawakan lagu ciptaannya bersama MFMF yang bertajuk Sutera di laman media sosial tiktok milik @syukfendi2 yang meraih perhatian ramai.



Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 133 ribu, tanda suka sebanyak 5348 dan sebanyak 326 komen.
@syukfendi2

Aisha Retno – Sutera (SFMM38) Harap lagu ni mara & menang AJL best sgt n fresh🥰 Aisha pun memang a brilliant singer songwriter lyricist, arranger, dancer #fyp #fypシ #fyphariini #fypmalaysia Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 2023 TV3 AJL38

♬ original sound – syukfendi – syukfendi

Apa yang menarik perhatian di dalam ruangan komen video tersebut adalah, penyanyi tersohor negara Tokti sempat meninggalkan komen mengenai persembahan Aisha Retno yang sangat memukau itu.



“Terer Aisha Ni Ye”-tulis Tokti

Tokti Puji Persembahan ‘SUTERA’ Aisha Retno Raih Perhatian Ramai [VIDEO]
VIA TIKTOK

Selain dari itu juga, netizen meninggalkan komen bahawa sememangnya lagu tersebut layak untuk memasuki AJL 38 kerana mempunyai susunan lagu, rentak, irama yang menarik serta penggunakan kata dan makna yang mendalam. Mereka juga mengharapkan lagu tersebut menjadi juara dan mendapat persembahan terbaik pada AJL 38 nanti.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Aisha Retno, walaupun ini adalah penampilan sulungnya di pertandingan tersebut malah dia telah memberikan persembahan yang terbaik semasa di separuh akhir muzik-muzik tempoh hari.

Tokti Puji Persembahan ‘SUTERA’ Aisha Retno Raih Perhatian Ramai [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button