Benarkah Ini Bukan Kali Pertama Pegawai Polis Yang Membunuh Pelajar Sekolah Bertindak Luar Batasan?

Benarkah Ini Bukan Kali Pertama Pegawai Polis Yang Membunuh Pelajar Sekolah Bertindak Luar Batasan

Benarkah Ini Bukan Kali Pertama Pegawai Polis Yang Membunuh Pelajar Sekolah Bertindak Luar Batasan?

Pegawai kanan polis, DSP Mohd Nazri bin Abdul Razak, yang melanggar pelajar sekolah Muhammad Zaharif Affendi sehingga mati telah dihadapkan ke mahkamah.

Mohd Nazri dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.

Kes tersebut akan dirujuk oleh Mahkamah Majistret Ipoh ke Mahkamah Tinggi Ipoh.



Tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi akan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Jika sabit kesalahan, Mohd Nazri berhadapan hukuman mati atau penjara 30 tahun.

Dengan pemansuhan hukuman mati di Malaysia, maka mahkamah mempunyai pilihan sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara.

Namun ianya tidak secara mutlak memansuhkan hukuman mati memandangkan kes ini melibatkan kematian mangsa.



Sama ada mahkamah akan menjatuhkan hukuman mati atau tidak, bukanlah isu yang hendak penulis kupas.

Kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan yang tepat dan adil.

Apa yang ingin penulis kupas adalah benarkah kejadian yang berlaku itu bukan kali pertama Mohd Nazri bertindak di luar batasan dan perikemanusiaan?



Dilaporkan pada tahun 2015, Mohd Nazri pernah bertindak ganas serta di luar batasan kemanusiaan apabila menumbuk perut seorang wanita hamil.

Kejadian dikatakan berlaku di dalam sebuak kedai jahit di Machang, Kelantan.

Walau pun ianya cuba dileraikan oleh adik perempuan dan ayah mangsa, namun Mohd Nazri tetap bertindak ganas sehinggalah orang ramai datang.

Persoalannya, apakah status laporan polis yang telah dibuat pada taun 2015 itu?



Sudahkah kertas siasatan (IP) dibuka dan sudahkah suspek dipanggil untuk diambil keterangan?

Sekiranya sudah disiasat, apakah keputusan yang telah dibuat oleh pegawai penyiasat?

Kalau apa yang didedahkan itu benar, maka siasatan serta tindakan mestilah benar-benar telus dan adil.

Apa yang berlaku kepada Mohd Nazri, mesti dijadikan peringatan serta amaran kepada siapa sahaja yang diberikan kuasa.



Kuasa yang dipinjamkan oleh Allah SWT bukanlah untuk bersikap beraja di mata dan bersultan di hati.

Benarkah Ini Bukan Kali Pertama Pegawai Polis Yang Membunuh Pelajar Sekolah Bertindak Luar Batasan?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button