Terima notis pengusiran, ibu bunuh dua anak

Terima notis pengusiran, ibu bunuh dua anak

Terima notis pengusiran, ibu bunuh dua anak
TRINH Nguyen. FOTO Agensi

Philadelphia, Amerika Syarikat: Wanita di Pennyslvania, baru-baru ini, mengaku bersalah membunuh dua anak lelakinya, selepas menerima notis pengusiran sekali gus perlu mengosongkan rumahnya.

Independent UK melaporkan, Trinh Nguyen, 40, mengaku bersalah pada 20 Disember lalu atas dua pertuduhan membunuh tahap pertama.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Bucks, Nguyen mengaku menembak anak lelakinya, Nelson Tini , 9, dan Jeffrey Tini, 13, di bilik tidur mereka, pada 2 Mei tahun lalu.



Mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital, empat hari selepas kejadian.

Terima notis pengusiran, ibu bunuh dua anak
DUA anak ini yang menjadi mangsa pembunuhan ibunya sendiri. Trinh Nguyen. FOTO Agensi

Detektif mendapati bahawa Nguyen merancang pembunuhan anak lelakinya itu, seminggu lebih awal.

“Ibu itu meninggalkan wasiat tulisan tangan bertarikh 25 April tahun lalu mengarahkan penerima (mengenai) apa yang perlu dilakukan dengan mayatnya dan anak lelakinya,” tulis pejabat pendakwa raya.

Nguyen juga mengaku bersalah atas satu pertuduhan cubaan membunuh selepas dia cuba menembak jirannya, yang juga sepupu kepada anaknya.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Nguyen mengacukan senjata api ke arah Gianni Melchiondo, jirannya dan anak saudara kepada bekas suaminya, kata pejabat pendakwa raya.

Walaupun Nguyen cuba menembak jirannya, tembakan gagal dilepaskan.

Berikutan kesalahan itu, Nguyen berdepan dua hukuman penjara seumur hayat tanpa kemungkinan parol.

“Adalah jelas, bukti kami menunjukkan bahawa defendan mempunyai niat jahat.



“Dia menulis manifesto yang menyatakan apa akan dilakukan dan kamu dapat melihat sepanjang kebenciannya terhadap orang lain dan orang yang disalahkan,” kata Penolong Pertama Pendakwa Raya, Jen Schorn.

Pejabat pendakwa raya menyatakan bahawa Nguyen diberi notis pengusiran dan sepatutnya mengosongkan kediamannya pada 3 Mei tahun lalu, sehari selepas tembakan maut itu.

Menurut pihak berkuasa, Nguyen melarikan diri ke New Jersey untuk mendapatkan dadah dalam cubaannya untuk membunuh diri selepas melakukan jenayah itu

Terima notis pengusiran, ibu bunuh dua anak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading