‘Langkah Dubai’ tukar jadi ‘Langkah Longlai’

Oleh – Bakhtiar Omar


'Langkah Dubai' tukar jadi 'Langkah Longlai'

Kisah panas ‘Langkah Dubai’ yang heboh diperkatakan dimerata ceruk media sosial nampaknya sudah bertukar menjadi ‘Langkah Longlai’.



Selepas gerakan ‘Langkah Dubai’ dihidu netizen dan dibongkarkan, mereka yang terlibat dikatakan kelam-kabut mengatur strategi baru namun tidak kesampaian.

Ini berikutan kekangan masa yang dihadapi selain kegagalan rundingan sesama mereka bagaimana mahu membentuk sebuah kerajaan baru yang akan diterima semua peringkat.

Kriteria yang diletakkan sebagai syarat utama ‘Langkah Dubai’, individu yang akan dipilih kelak mestilah bebas dari sebarang pendakwaan di Mahkamah. 

'Langkah Dubai' tukar jadi 'Langkah Longlai'



‘Langkah Dubai’ juga menetapkan individu yang dipilih mestilah mempunyai sokongan sekurangnya 80% dari keseluruhan gabungan baru.

Selain itu, gabungan baru untuk ‘Langkah Dubai’ mestilah mengiktiraf pembahagian kuasa dalam nisbah 50/20/10/10/10 – parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen akan mendapat 50% diikuti yang lain-lain berdasarkan jumlah kerusi di Parlimen.

Mereka juga tidak boleh membantah pembahagian kuasa tersebut dan perlu akur dengan apa sahaja yang ditetapkan oleh pemegang 50% kuasa.

Nampak seperti akan terjadi ‘Langkah Dubai’, namun apabila ‘Kartel Tun’ menyedari syarat yang ditetapkan, mereka enggan meneruskan kerjasama.



Apa yang dikehendaki ‘Kartel Tun’ ialah keutamaan pembahagian kuasa diberikan kepada mereka bagi memudahkan susunatur politik ditentukan mereka sekali lagi.

Ini agak mustahil kerana ada parti sudah belajar dari sejarah 2018. 

Oleh demikian, ‘Langkah Dubai’ menemui kegagalan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Tetapi, tidak mustahil gerakan tersebut dihentikan selagi mereka tidak berpuashati.

Mungkin akan ada ‘Langkah Seribu’ menyusul selepas ‘Langkah Dubai’ bertukar menjadi ‘Langkah Longlai’.



Menarik – 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading