Tekanan Ekonomi Memaksa Israel Undurkan Ribuan Tentera Dari Gaza

Tekanan Ekonomi Memaksa Israel Undurkan Ribuan Tentera Dari Gaza

Tekanan Ekonomi Memaksa Israel Undurkan Ribuan Tentera Dari Gaza

Negara haram Israel akhirnya terpaksa mengumumkan akan menarik balik beribu-ribu tenteranya dari Gaza.

Tindakan ini dilihat keputusan paling ketara diumumkan mereka sejak perang bermula bagi mengurangkan intensiti perang.

Tindakan penarikan balik tentera adalah disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda Israel susulan peningkatan aktiviti ketenteraan secara haram di Gaza.



Langkah ini dijangka dapat meringankan beban ekonomi dengan ketara.

Dan membolehkan mereka mengumpul kekuatan untuk aktiviti akan datang pada tahun yang baharu.

Sebahagian tentera dikembalikan kepada pasukan simpanan dalam kehidupan awam untuk membantu ekonomi.

Ini berikutan perang seolah-olah akan berlanjutan untuk tempoh yang panjang.



Tindakan menyusul beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) meluluskan di kongres sekali lagi untuk penjualan senjata kepada Israel.

Penarikan itu dilihat satu isyarat bahawa pertempuran sengaja dikurangkan di Gaza selepas AS telah mendorong Israel untuk beralih kepada pertempuran intensiti rendah.

Ia berikutan jumlah kematian di Gaza telah mencecah 21,000 orang.

Namun lapor media antarabangsa, tindakan ini mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja.



Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Higari, tentera mereka ditarik keluar dari Gaza bagi membuat ujian dan prosedur latihan.

Dua briged akan dihantar pulang, manakala tiga briged yang lain akan menjalani latihan peperangan.

Pasukan yang panggil balik adalah Briged Armoured ke-460, Briged ke-21, Briged ke-828, Reserve Armored Briged ke-14; dan Briged Pasukan Payung Simpanan ke-551.

Briged yang ditugaskan untuk melatih askar akan kembali ke Gaza untuk menjalankan aktiviti biasa.



Manakala pasukan simpanan akan dibebaskan untuk membantu memulihkan ekonomi Israel.

Pada 21 Disember, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah menarik keluar Briged Golani dari Semenanjung Gaza selepas tewas teruk dalam pertempuran di wilayah Palestin.

Tekanan Ekonomi Memaksa Israel Undurkan Ribuan Tentera Dari Gaza

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button