‘Letupan berkembar’ di Iran ragut 103 nyawa
‘Letupan berkembar’ di Iran ragut 103 nyawa
Gaza: Kebimbangan bahawa perang Israel di Gaza boleh melanda Timur Tengah meningkat selepas insiden ‘letupan berkembar’ di Iran dan meragut sekurang-kurangnya 103 nyawa, berlaku selepas serangan di Lubnan yang membunuh timbalan ketua Hamas.
Lebih 200 orang lagi cedera apabila letupan yang berselang kira-kira 15 minit itu berlaku ketika orang ramai berkabung bagi memperingati jeneral Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani yang terbunuh empat tahun lalu dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS), lapor media negara Iran.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas letupan, yang menurut arkib AFP, serangan paling maut di negara itu sejak kebakaran akibat khianat pada 1978 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 377 orang.
Televisyen kerajaan melabelkan letupan itu sebagai “serangan pengganas”. Ia berlaku ketika ketegangan di Timur Tengah susulan serangan di Beirut yang membunuh pemimpin nombor dua Hamas, Saleh al-Arouri.
Seorang pegawai AS pada hari Rabu memberitahu AFP, “serangan Israel” meragut nyawa al-Arouri, tokoh paling berprofil tinggi yang terbunuh dalam tempoh hampir tiga bulan perang Israel dengan Hamas di Gaza.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah Dubai sebenarnya perancangan Langkah Seribu?
- 1MDB – Berani atau tidak Pendakwaraya panggil Sultan jadi saksi?
- Tekanan Ekonomi Memaksa Israel Undurkan Ribuan Tentera Dari Gaza
Berikutan serangan di Beirut pada Selasa, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, tentera “sangat bersedia untuk sebarang senario.” Dia tidak mengulas secara langsung mengenai pembunuhan al-Arouri, yang Hamas berkata, akan dikebumikan pada Khamis di kem pelarian Palestin, Shatila di Beirut.
Selepas pembunuhan al-Arouri pada Selasa, kumpulan bersenjata Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah menyalahkan musuhnya Israel atas serangan di kubu kuat Muslim Syiah di selatan Beirut.
Walaupun Israel menafikan pembabitannya, Hamas dan sumber keselamatan Lubnan menuduh rejim itu membunuh al-Arouri, 57, pengasas sayap tentera Hamas.
Hizbullah berikrar pembunuhan al-Arouri dan enam lagi anggota Hamas tidak akan terlepas daripada hukuman, melabelkannya sebagai “serangan serius ke atas Lubnan… dan perkembangan berbahaya”.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perangai Pelik Tapi Benar Pengundi PAS Di Kelantan
- Langkah Dubai: Strategi Atau Rekayasa Seribu Mimpi?
Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel terhadap perang habis-habisan ke atas negara di utara yang bersempadan dengan Lubnan.
Semasa perang Israel-Hamas, termasuk pada Rabu lalu, Israel melakukan tembakan rentas sempadan terhadap pejuang Islam, terutamanya sekutu Hamas, Hizbullah.
‘Letupan berkembar’ di Iran ragut 103 nyawa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Mula Khianati Mahathir
- SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri
- Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :