Polis sebabkan kematian lelaki kulit hitam dipenjara

Polis sebabkan kematian lelaki kulit hitam dipenjara

Polis sebabkan kematian lelaki kulit hitam dipenjara
RANDY Roedema dihukum penjara 14 bulan atas kematian Elijah McClain pada 2019. FOTO Reuters.

Los Angeles: Pegawai polis Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 14 bulan, semalam atas kematian pemuda kulit hitam ketika dalam tahanan dan disuntik ketamin pada 2019.

Kematian Elijah McClain di barat AS berlaku beberapa bulan sebelum pembunuhan berprofil tinggi George Floyd, namun kesnya menarik perhatian tidak lama kemudian susulan peningkatan bantahan penduduk terhadap kekejaman polis.

Siasatan khas dilancarkan pada 2020, dan Randy Roedema disabitkan dengan kesalahan membunuh pada Oktober, manakala dua lagi pegawai polis dibebaskan.



Hakim Mark Werner yang menjatuhkan hukuman ke atas Roedema di mahkamah Colorado semalam berkata, beliau terkejut dengan apa yang kelihatan, iaitu sebenarnya, sikap acuh tak acuh terhadap penderitaan Elijah McClain.

“McClain digari dan tidak mengancam sesiapa pun,” kata Werner.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan




McClain, 23, meninggal dunia di Aurora dekat Denver, tiga hari selepas dia dicekik oleh polis, disuntik dengan ketamin untuk menenangkannya dan mengalami serangan jantung.

Peguam memaklumkan ketika kejadian, polis bertindak terhadap panggilan mengenai seorang lelaki kulit hitam yang ‘mencurigakan’, ‘bertindak pelik’ di jalanan dan memakai topeng ski.

Seorang pegawai memberitahu McClain yang tidak bersenjata, telah mencapai pistol pegawai lain.

Keluarga McClain bagaimanapun memaklumkan yang lelaki itu hanya keluar membeli teh ais dan sering memakai topeng untuk kekal panas kerana menderita anemia.



“Randy Roedema akan sentiasa menjadi pembuli dengan lencana (polis),” kata ibu Elijah, Sheneen McClain.

Menurutnya, penjara adalah satu-satunya keadilan yang selayaknya diterima Roedema.

Dia juga memberitahu hakim, “tiada sebab untuk Randy Roedema meletakkan lututnya di belakang anak saya, dan duduk di atas dada anak saya kerana dia sudah digari dan hanya perlu duduk supaya boleh bernafas dengan lebih baik.”

Roedema memberitahu hakim yang dia dan rakan pegawainya memberi respons dengan cara mereka dilatih untuk melakukannya.’



Bulan lalu, juri Colorado secara berasingan mendapati dua paramedik bersalah kerana melakukan pembunuhan cuai secara jenayah berhubung insiden itu.

Mereka sedang menunggu hukuman.

Kes itu, yang pada mulanya ditutup oleh polis, dibuka semula pada Jun 2020 apabila Gabenor Colorado, Jared Polis melantik peguam negara untuk menyiasat kematian McClain.

Petisyen dalam talian yang disokong oleh selebriti menuntut keadilan terhadap kes itu dan ditandatangani tiga juta orang.



Polis sebabkan kematian lelaki kulit hitam dipenjara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button