Polis rakam percakapan 35 individu kes buli pelajar sekolah asrama

Polis rakam percakapan 35 individu kes buli pelajar sekolah asrama

Polis rakam percakapan 35 individu kes buli pelajar sekolah asrama
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis hampir melengkapkan siasatan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di sini yang menyebabkan seorang pelajar melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata setakat ini pihaknya sudah merakam percakapan 35 individu termasuk pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolah itu.

Alaudeen berkata, setakat ini siasatan polis tidak menemukan sebarang pengabaian daripada pihak ibu bapa pelajar berkenaan.



“Ada beberapa individu lagi akan dirakam percakapan mereka sebelum pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu ini,” katanya.

Pada 20 Disember lalu, Allaudeen mengesahkan pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama didakwa akibat dibuli pelajar lain pada 8 Disember lalu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis.

 



Polis rakam percakapan 35 individu kes buli pelajar sekolah asrama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading