TAT sasar tarik lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke Thailand

TAT sasar tarik lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke Thailand

TAT sasar tarik lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke Thailand
Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai, Songkhla

Bangkok: Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) merancang untuk melancarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan untuk menarik rakyat Malaysia melancong di luar Bangkok dan Hatyai dengan tumpuan kepada tawaran pelancongan baharu yang menarik di kawasan tengah, utara dan timur laut.

Gabenor TAT Thapanee Kiatphaibool berkata, warga Malaysia mendahului senarai pelancong yang melawat Thailand dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong pada 2023.

Beliau berkata, data perjalanan menunjukkan bahawa pelancong Malaysia mencari lebih banyak aktiviti pelancongan yang berbeza sambil menghabiskan lebih banyak masa di Thailand.



“Tahun lalu, Thailand menyambut ketibaan ramai rakyat Malaysia, ada yang menyeberangi sempadan, menaiki penerbangan secara terus, bersama gelombang pelancong Malaysia yang baru menerokai Thailand.

“Data menunjukkan pengembara Malaysia sedang meluaskan destinasi jarak dekat mereka seperti Hatyai dan meneruskan pengembaraan untuk meneroka kawasan di utara, timur laut dan tengah Thailand. Ini adalah isyarat positif untuk industri pelancongan Thailand.

“Kami teruja untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong Malaysia pada tahun 2024 untuk mengenali Thailand,” katanya kepada Bernama.

Thapanee berkata, TAT akan melancarkan lebih banyak produk dan aktiviti pelancongan di wilayah lain untuk menarik pelancong jarak dekat, terutamanya di Malaysia dan negara-negara Asean lain pada tahun ini.



TAT sasar tarik lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke Thailand

DISYORKAN UNTUK ANDA :
Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading