Zulkarnain G57 minta SPRM siasat WARISAN Sepanggar terima dana kartel dadah

Zulkarnain menunjukkan laporan yang dihantar kepada SPRM hari ini. – Foto NSTP/Samadi Ahmad

PUTRAJAYA: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan terhadap Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman yang dikatakan menerima dana daripada kartel dadah.

Pada 26 Disember lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Serbuan di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun.

Dalam pada itu media turut melaporkan, Azis akan menyaman Zulkarnain RM100 juta kerana mendakwa WARISAN bahagian Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai

Azis berkata, beliau akan saman jika Zulkarnain tidak tarik balik dakwaan itu dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari bermula Sabtu lalu.

Mengulas perkara itu, Zulkarnain berkata beliau tidak pernah menuduh WARISAN menerima dana kartel dadah.

Menurutnya, beliau menerima maklumat daripada individu yang tidak dikenali menyatakan kartel dadah yang kini dalam tahanan polis adalah penyumbang dana kepada WARISAN kawasan Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan PRN16 Sabah.

Perkara itu katanya hanya boleh disahkan oleh pihak berkuasa dan bukannya kenyataan penafian WARISAN.

“Penafian WARISAN tidak cukup meyakinkan rakyat khususnya pengundi Sepanggar dan memohon SPRM agar menjalankan siasatan segera,” katanya selepas menyerahkan laporan kepada SPRM hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

Pada 26 Disember lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Serbuan di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun.

Dalam pada itu media turut melaporkan, Azis akan menyaman Zulkarnain RM100 juta kerana mendakwa WARISAN bahagian Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.

Azis berkata, beliau akan saman jika Zulkarnain tidak tarik balik dakwaan itu dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari bermula Sabtu lalu.

Mengulas perkara itu, Zulkarnain berkata beliau tidak pernah menuduh WARISAN menerima dana kartel dadah.

Zulkarnain G57 minta SPRM siasat WARISAN Sepanggar terima dana kartel dadah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button