Pusat urut, dandan di Johor Bahru guna khidmat warga asing jana RM4.2 juta sebulan – Imigresen

Pusat urut, dandan di Johor Bahru guna khidmat warga asing jana RM4.2 juta sebulan – Imigresen

Pusat urut, dandan di Johor Bahru guna khidmat warga asing jana RM4.2 juta sebulan - Imigresen
Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia.

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan pengusaha pusat dandan dan urut di sekitar bandar raya Johor Bahru yang menggunakan khidmat warga asing termasuk tidak mempunyai dokumen sah mampu menjana pendapatan RM4.2 juta sebulan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, premis yang diserbu pihaknya menerusi Ops Gegar dan Ops Dandan Ahad lalu, mampu memperoleh pendapatan sekitar RM140,000 sehari walaupun baru setahun beroperasi.

Beliau berkata, mereka menggunakan perkhidmatan warga asing sebagai tukang urut dan dandan dengan dibayar gaji antara RM1,500 hingga RM2,000.
– Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata, mereka menggunakan perkhidmatan warga asing sebagai tukang urut dan dandan dengan dibayar gaji antara RM1,500 hingga RM2,000.



Menerusi serbuan itu, beliau berkata, pihaknya turut menahan 68 warga asing termasuk 34 warga Myanmar (24 lelaki dan 10 wanita), 16 wanita warga Vietnam, 14 warga Indonesia (13 wanita dan seorang lelaki), seorang lelaki warga Filipina serta seorang lelaki warga Pakistan yang berusia antara 19 hingga 42 tahun.

“Kita turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berusia, 32 tahun dipercayai sebagai penjaga kepada premis berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai




“Dalam operasi sama, kita turut merampas satu gugus kunci premis, enam pasport Vietnam, 19 helai tuala, tujuh set peralatan mengurut, dua set peralatan perawatan kuku, telefon bimbit, beberapa buku rekod pelanggan dan wang tunai berjumlah RM844.,” katanya melalui satu kenyataan.

Pusat urut, dandan di Johor Bahru guna khidmat warga asing jana RM4.2 juta sebulan - Imigresen
– Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia.

Ruslin berkata, operasi bermula sekitar jam 3.20 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Johor berdasarkan maklumat awam.

Beliau berkata, hasil semakan awal mendapati warga asing ini menggunakan kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dimiliki untuk bekerja dengan majikan atau syarikat lain di negara ini.

“Terdapat warga asing lain yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.



“Sebanyak 13 notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada beberapa individu dalam operasi itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau juga berkata, semua warga asing yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan- peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Setia Tropika, Johor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib




“Lelaki warga tempatan yang ditahan itu pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 manakala wanita warga Vietnam itu pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Dalam pada itu Ruslin menegaskan, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan warga asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang diberikan selain tindakan pendakwaan akan dikenakan terhadap majikan serta pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan sah.

Pusat urut, dandan di Johor Bahru guna khidmat warga asing jana RM4.2 juta sebulan - Imigresen
– Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia.

Pusat urut, dandan di Johor Bahru guna khidmat warga asing jana RM4.2 juta sebulan – Imigresen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button