SPRM tahan petugas PBT

SPRM tahan petugas PBT

SPRM tahan petugas PBT

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat berhubung kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.



Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar jam 7.45 malam semalam ketika hadir, bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Ketiga-tiga suspek ini telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun 2023, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan.

“Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki




Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM tahan petugas PBT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading