Peniaga runcit rugi hampir RM1 juta terpedaya polis palsu

Peniaga runcit rugi hampir RM1 juta terpedaya polis palsu

Peniaga runcit rugi hampir RM1 juta terpedaya polis palsu

ALOR GAJAH: Seorang peniaga kedai runcit mengalami kerugian selepas wang simpanannya berjumlah RM922,300.87 lesap sekelip mata.

Puncanya kerana mangsa yang juga lelaki berusia 50-an ‘termakan’ taktik penipuan individu menyamar polis bulan lalu.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan dibuat pengadu berhubung kejadian semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pengadu menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Tan’ dari polis Perak.

“Suspek pada mulanya menyatakan terdapat seorang pengurus sebuah bank yang sudah berhenti kerja melakukan aktiviti penipuan dengan menggunakan akaun bank pengadu.

“Namun, mangsa menafikan terbabit dalam kes itu sebelum diminta oleh suspek mengikut arahannya jika tidak mahu ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, mangsa kemudia diarah untuk meninggalkan kad mesin juruwang automatik (ATM) bank milik pengadu berserta no pin di sebuah tempat di Simpang Ampat, di sini, pada 20 Disember lalu tanpa perlu berjumpa saspek.

“Seterusnya pada 3 Januari lalu, pengadu diarahkan pula untuk membuka cek bank atas nama sebuah syarikat saspek berjumlah RM420,000 yang mana mangsa akur dan memasukkan di mesin cek sebuah bank cawangan Alor Gajah.

“Pengadu kemudiannya membuat semakan di akaun bank miliknya di cawangan Pulau Sebang dan terkejut mendapati ada beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali bermula dari 21 Disember lalu hingga 8 Januari lalu berjumlah RM502,300.87,” katanya.

Arshad berkata, suspek sekali lagi menghubungi mangsa semalam meminta dia membuat transaksi lain, namun tidak diendahkan pengadu yang tersedar ditipu dan kerugian berjumlah sebanyak RM922,300.87.



“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Peniaga runcit rugi hampir RM1 juta terpedaya polis palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading