Real enggan tertipu ‘helah’ Barcelona

Real enggan tertipu ‘helah’ Barcelona

Real enggan tertipu ‘helah’ Barcelona
BARISAN pemain Real turun menjalani latihan sebelum aksi final Piala Super Sepanyol menentang Barcelona di Stadium Al-Awwal awal pagi esok. – REAL MADRID

RIYADH – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti enggan terpedaya dengan ­prestasi tidak konsisten Barcelona, sebaliknya menyeru barisan pemainnya berwaspada menjelang aksi final Pia­la Super Sepanyol di Stadium Al-Awwal awal pagi esok.

Kata Ancelotti, skuad The Catalans seperti sudah kembali menemui rentak prestasi sebenar sejak beberapa perlawanan lepas dan kedua-dua pasukan berpeluang untuk menjuarai trofi pertama musim ini.

“Saya rasa prestasi Barca (Barcelona) kembali menunjukkan peningkatan dan kami bukanlah pilihan utama pada aksi final nanti.



“Malah, mereka juga masih memiliki peluang untuk men­julang trofi La Liga, ­Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

“Mengenai aksi final nanti, siapa sahaja boleh menang Piala Super Sepanyol, tetapi kami yakin boleh mencipta kejutan dalam usaha meraih trofi sulung musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali


“Semua pemain tidak mempunyai masalah untuk diturunkan kecuali Lucas Vazquez yang masih belum pulih daripada kecederaan,” katanya.



Sementara itu, Ancelotti dijangka terus memberi kepercayaan kepada Kepa Arrizabalaga untuk menjadi penjaga gol utama pasukan meskipun dikritik hebat apabila melakukan kesilapan mudah ketika menang 5-3 ke atas Atletico Madrid dalam aksi separuh akhir pada Khamis lepas.

Dalam masa sama, skuad Los Blancos turut dilaporkan bakal menerima habuan lumayan sebanyak £3 juta (RM17.7 juta) seandainya mereka berjaya menjulang trofi Piala Super Sepanyol buat kali pertama sejak 2022. – AGENSI

Real enggan tertipu ‘helah’ Barcelona


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading