Tiga mengaku tipu cukai kereta mewah di Langkawi

Tiga mengaku tipu cukai kereta mewah di Langkawi

Tiga mengaku tipu cukai kereta mewah di Langkawi
Dua daripada tiga lelaki (bertutup) yang dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana penipuan cukai bagi kereta mewah dalam kalangan bukan pemastautin Langkawi membabitkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan. NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi melakukan penipuan dalam percukaian kereta mewah di Langkawi sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan.

Tertuduh Mohd Noh Hussain, 47, Mohd Khairul Suberi, 36, dan Fairul Ismazi Ishak, 46, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Noh yang juga bekas eksekutif jualan dan operasi syarikat Naza Italia Sdn Bhd (NISB) di Langkawi, dituduh mengemukakan akuan bersumpah palsu bahawa pembeli kereta, Ahmad Kamal Kasani adalah pemastautin Langkawi dan membeli kenderaan jenis Ferrari FF berharga RM968,064.50 pada Mei 2014.



Berikutan itu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenakan bayaran duti sebanyak RM292,792.80 ke atas kenderaan mewah itu yang mahu dibawa keluar dari Langkawi pada 2021, sedangkan dia bukan penduduk pulau itu dan sepatutnya dikenakan cukai RM1,833.111.41.

Berikutan itu, Mohd Noh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS




Turut didakwa berasingan adalah Mohd Khairul dan Fairul Ismazi yang dituduh menggunakan dokumen palsu dalam melakukan penipuan cukai membabitkan kereta mewah yang dibeli bukan pemastautin Langkawi.

Kedua-dua mereka didakwa memalsukan Borang Kastam Bagi Penghantaran Import dengan tujuan bagi memperdaya JKDM dalam urusan berkenaan antara 21 April hingga 22 April 2021.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjaran maksimum dua tahun dan denda atau keduanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Mohd Afif Ali, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran dan Quah Chien Chieh.



Hakim kemudian membenarkan Mohd Nor diikat jamin RM20,000; Mohd Khairul (RM10,000) dan Fairul Ismazi (RM5,000) sementara hukuman ke atas semua tertuduh akan diputuskan esok.

Tiga mengaku tipu cukai kereta mewah di Langkawi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button