Selamat tinggal Kelantan FC

Selamat tinggal Kelantan FC

Selamat tinggal Kelantan FC
RAYUAN yang dikemukakan Kelantan FC untuk mendapatkan lesen kebangsaan bagi membolehkan pasukan itu beraksi di Liga M musim depan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL. – RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR – Jenama Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kini hanya tinggal sejarah apabila Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan yang dikemukakan kelab itu.

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah, berkata penolakan itu dibuat selaras dengan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Selamat tinggal Kelantan FC
KEPUTUSAN dibuat Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL adalah selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekaligus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025,” katanya.



The Red Warriors sebelum ini mengemukakan rayuan berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia




Musim lalu penampilan kelab Pantai Timur itu di Liga M sering dibayangi pelbagai isu khususnya membabitkan hal tunggakan gaji.

Sebagai rekod, 10 pasukan diberikan lesen kebangsaan musim depan oleh FIB iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.

Tiga lagi pasukan diberikan lesen kebangsaan namun dikenakan denda RM20,000 atas kesalahan dalam menyediakan notis deklarasi kepada FIB iaitu KL City FC, Sabah FC dan Kelantan United.

Lesen kebangsaan hanya sah bagi saingan 2024/25 dimana pasukan bertanding perlu mematuhi enam kriteria utama iaitu sukan, infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, kewangan serta perniagaan seperti dinyatakan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023. – KOSMO! ONLINE



Selamat tinggal Kelantan FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button