Apakah Ada Perbezaan Perjalanan Kes 1MDB Dengan Kes SRC?

Apakah Ada Perbezaan Perjalanan Kes 1MDB Dengan Kes SRC

Apakah Ada Perbezaan Perjalanan Kes 1MDB Dengan Kes SRC?

 

Perjalanan kes SRC dan dari sabitan kesalahan ke atas DS Najib hinggalah kepada Pengampunan Di Raja, sudah menjadi rahsia umum.

Sepanjang perjalanan kes terebut, timbul pelbagai persoalan di kalangan masyarakat.



Dari fakta pertuduhan hinggalah ketergesaan mahkamah mengekalkan sabitan kesalahan terus menjadi tandatanya kepada kita semua.

Namun atas prinsip, Kedaulatan Undang Undang dan Keluhuran Perlembagaan, kita menghormati keputusan mahkamah.

Apakah Rakyat Akan Di Hidangkan Dengan Cerita Yang Sama?

 

Kini DS Najib sedang berhadapan dengan pertuduhan kes 1MDB.



Bukan berniat untuk mempersoalkan kredibiliti mahkamah, tetapi sekadar tertanya-tanya, apakah ada perbezaan kes 1MDB dengan kes SRC?

Kes 1MDB dan SRC melibatkan ramai yang bekerjasama dan bersubahat untuk menjalankan tugas yang diberikan oleh Jho Low.

Sebagai balasan, mereka menerima sebahagian daripada wang kotor.

Tetapi hanya DS Najib yang didakwa dan dibicarakan.



Mereka sama ada hilang dan tiada tempat untuk ditemui atau dibawa masuk sebagai saksi terhadap DS Najib.

Sememangnya mereka mempunyai kepentingan supaya DS Najib didapati bersalah supaya mereka terlepas daripada prosiding jenayah atau liabiliti kewangan.

Watak penting seperti Nik Faisal dan Jho Low masih belum dapat dikesan.

Jadi, apakah ada kredibiliti dalam penyiasatan dan perbicaraan tanpa keterangan mereka atau mereka didakwa?



Oleh kerana ia tidak lengkap, keseluruhan cerita sudah tentu boleh dimanipulasi dengan mudah dan kes direka untuk mengaitkan tertuduh.

Pihak berkuasa berjaya membawa pulang Casey Tang dan Jasmine Loo.

Tetapi sangat menghairankan, dalam beberapa minggu selepas dia kembali, Casey, seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan dan dibesarkan tidak dapat menahan panas tropika dan mati akibatnya.

Manakala Jasmine Loo yang sepatutnya didakwa telah dijadikan saksi pendakwaan untuk mendakwa DS Najib.



Dan penglibatan beliau dalam penyelewengan duit 1MDB tidak boleh dijadikan hujah pembelaan atas alasan bukan dia yang dibicarakan.

Bagaimana pula dengan Zeti yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Singapura dan Malaysia bahawa keluarga beliau menerima rasuah dari Jho Low?

Sudahkah beliau dan keluarga beliau sekurang-kurangnya disiasat?

Dengan semua kecelaruan yang ada, apakah adil untuk menyalahkan masyarakat sekiranya mereka mempersoalkan perjalanan kes?



 

Apakah Ada Perbezaan Perjalanan Kes 1MDB Dengan Kes SRC?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading