Masalah brek punca lori rempuh kereta

Oleh – Syeikh Baran


Masalah brek punca lori rempuh kereta
Keadaan kereta Myvi yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah lori merempuh empat buah kereta lain sehingga mengorbankan dua beranak dalam kemalangan di Kilometer 5.5 Jalan Banting – Dengkil di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kedua-dua yang maut merupakan ibu dan anak perempuan yang masing-masing berusia 10 dan 43 tahun.



Manakala seorang lagi anak perempuan mangsa dipercayai berusia 16 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 47 tahun itu menyatakan masalah brek.

Katanya, polis akan membawa lori tersebut ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Banting di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Semakan mendapati pemandu lori tersebut tiada rekod saman mahupun rekod jenayah. Dia kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Ahmad Ridhwan memberitahu, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori tersebut dalam perjalanan ke Dengkil dari Banting di sini.

Ujar beliau, apabila tiba di lokasi kejadian didapati lori itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar empat buah kereta kain.

Kesemua kereta itu melibatkan jenis Proton Persona, Honda City, Nissan Almera dan Perodua Myvi.

“Kereta Myvi yang dinaiki tiga beranak itu telah diseret sehingga ke dalam parit sebelum termasuk bawah lori tersebut.



“Pemandu Myvi berusia 43 tahun dan anaknya berusia 10 tahun yang merupakan penumpang hadapan tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan. Penumpang belakang kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki dihempap sebuah loi di dalam parit di Jalan Banting – Dengkil di sini, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading