Rundingan perjanjian tangani wabak belum selesai – WHO

Oleh – Syeikh Baran


Rundingan perjanjian tangani wabak belum selesai - WHO
Sebanyak 194 negara anggota WHO sedang merundingkan perjanjian antarabangsa yang bertujuan memastikan pihak berkuasa lebih bersedia untuk menangani malapetaka kesihatan seterusnya, atau mencegahnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan kegagalan negara anggota mencapai perjanjian kesiapsiagaan pandemik menjelang Mei.

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata “generasi seterusnya mungkin tidak dapat memaafkan kita”.



Berdepan dengan pandemik COVID-19, 194 negara anggota WHO sedang merundingkan perjanjian antarabangsa yang bertujuan memastikan pihak berkuasa lebih bersedia untuk menangani malapetaka kesihatan seterusnya, atau mencegahnya sama sekali.

Perancangan asal ialah memeterai perjanjian pada mesyuarat tahunan 2024 Perhimpunan Kesihatan Sedunia, pada 27 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, masa semakin suntuk dan jika tiada siapa yang bersedia untuk bergerak, keseluruhan projek itu berisiko tidak ke mana-mana.

Pada pembukaan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO di Geneva, Dr Tedros mengingatkan bahawa pemimpin dunia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan komitmen untuk menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian pandemik dan pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR), menjelang Mei tahun ini .



Negara anggota WHO memutuskan pada Disember 2021 untuk melancarkan proses rundingan dan penggubalan bagi instrumen antarabangsa baharu mengenai pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas wabak.

Perjanjian itu bertujuan untuk memastikan kesediaan global yang lebih baik dan tindak balas yang lebih saksama untuk pandemik pada masa depan.

Dr Tedros mengisytiharkan penamatan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada Mei 2023. – AFP

Sumber – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading