Ajal dalam perjalanan pulang ke rumah

Oleh – Syeikh Baran


Ajal dalam perjalanan pulang ke rumah
Perjalanan pulang seorang buruh bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di KM58, Jalan Lipis-Merapoh, Lipis, pada Selasa. Foto ihsan PDRM

Perjalanan pulang seorang buruh bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 58, Jalan Lipis-Merapoh di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Noridaman Abdul Rahman, 45, beralamat Felcra Sungai Temau di sini meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Nimota NMS150K.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Temau dari arah Merapoh menghala ke Lipis.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, ketika melalui jalan selekoh dipercayai motosikal itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.



Ujarnya, bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi.

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading