Nelayan Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis

Oleh – Syeikh Baran


Nelayan Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis
Nelayan warga Thailand mati ditembak di atas bot milik majikannya di perairan di perairan Pantai Remis, semalam. – FOTO PDRM

Nelayan warga Thailand maut akibat ditembak di kepala oleh kumpulan penjenayah disyaki warga asing di perairan Pantai Remis, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh majikan mangsa pada jam 12.20 tengah hari memaklumkan seorang pekerjanya maut ditembak.



Beliau berkata, mangsa ditembak oleh sekumpulan penjenayah disyaki warga asing di atas bot milik majikan terbabit.

“Pengadu (majikan) dimaklumkan oleh pekerjanya melalui alat walkie-talkie dalam perjalanan balik ke pelantar ikan di Pantai Remis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Beliau juga berkata, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading