Sedia MHplus di enam negara

Sedia MHplus di enam negara

Sedia MHplus di enam negara

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines Bhd melancarkan platform Keupayaan Pengedaran Baharu (NDC), MHplus secara global untuk meningkatkan daya komunikasi dan kerjasama yang lebih erat antara syarikat penerbangan itu dengan rakan dagangnya dalam pasaran utama.

Syarikat penerbangan itu melalui satu kenyataan berkata, MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom berkuat kuasa 23 Januari 2024.



Ketua Pegawai Eksekutif untuk Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG) Ahmad Luqman Mohd Azmi memberitahu sejak penubuhan MHplus, rakan kongsi perintisnya menikmati akses tanpa had kepada semua kandungan dalam saluran pengedaran yang tersedia melalui saluran peruncitan moden MHplus.

“Ini bukan sahaja memperkasakan mereka dengan tawaran yang diperibadikan dan dibuat khusus, tetapi juga mampu memastikan pengalaman tempahan yang lancar untuk semua yang terbabit.

“Kami teruja untuk mengembangkan capaian serta keupayaan MHplus, dengan memastikan peluang yang sama kepada rakan kongsi kami di seluruh pasaran utama kami,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik




Sementara itu, dengan permulaan pelancaran globalnya, Malaysia Airlines berkata, sebahagian besar daripada kandungan sedia ada akan disediakan secara eksklusif kepada peruncit pelancongan dan Perbadanan Pengurusan Perjalanan (TMC) yang menggunakan MHplus, memastikan proses penghantaran yang diperkemas merentas rantaian pengedaran industri pelancongan.

Ia menambah bahawa ejen yang mendaftar dengan MHplus turut menikmati faedah seperti akses kepada semua kandungan pengedaran, tawaran yang dipertingkatkan seperti elaun bagasi percuma 10kg dengan Lite Fare syarikat penerbangan itu, tambang yang sangat kompetitif termasuk komisen yang layak untuk produk sampingan dan banyak lagi.

NDC ialah program yang disokong industri pelancongan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang membolehkan syarikat penerbangan memodenkan kaedah mereka menjual produk kepada ejen pelancongan dan pengembara.



Sedia MHplus di enam negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button