Lelaki curi kucing, letak bawah tempat duduk skuter

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki curi kucing, letak bawah tempat duduk skuter
Suspek menangkap kucing berkenaan sebelum meletakkannya di bawah tempat duduk skuternya. – Instagram

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki mengurung seekor kucing di bawah tempat duduk skuter ketika mencuri haiwan itu dari sebuah rumah.

Laman berita Suara.com melaporkan, kejadian berlaku di Kota Tangerang kelmarin.



Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi menerusi akaun Instagram @kabarnegri, lelaki itu dilihat melarikan seekor kucing yang berada berhampiran sebuah rumah.

Suspek meletakkan kucing baka Angora itu di ruang menyimpan barang di bawah tempat duduk skuternya sebelum melarikan diri. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan kucing itu, risau tidak dapat bernafas,” kata seorang netizen.



“Jika suspek ditangkap, cuba masukkannya di bawah tempat duduk motosikalnya,” ujar netizen lain. – AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading