Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Oleh – Syeikh Baran


Mangsa banjir di Terengganu meningkat
Keadaan banjir di Kampung Hulu Seladang, Setiu. – Foto ihsan APM TERENGGANU

Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di negeri ini meningkat kepada 742 orang malam ini.

Setakat jam 10 malam, kesemua mangsa daripada 222 keluarga itu berada di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.



Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 113 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di lapan PPS petang tadi.

Ketika ini, lima daerah yang terjejas menerusi banjir gelombang keempat adalah Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun dan Setiu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Besut merekodkan jumlah mangsa teramai apabila 480 mangsa daripada 139 keluarga terjejas akibat banjir.

Mereka kini ditempatkan di enam PPS di daerah Besut.



Di Hulu Terengganu, empat PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 168 mangsa daripada 54 keluarga.

Dua PPS di Setiu iaitu Balai Raya Kampung Padang Serai, Guntong Luar dan Balai Raya Kampung Seladang dibuka sebagai tempat berlindung kepada 52 mangsa (19 keluarga).

Seramai 27 mangsa (enam keluarga) berada di dua PPS di Dungun manakala 15 lagi mangsa (empat keluarga) berlindung di dua PPS di Kemaman.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading