Sekolah kenakan bayaran RM36 jika lewat ambil anak

Oleh – Syeikh Baran


Sekolah kenakan bayaran RM36 jika lewat ambil anak
Sekolah Rendah St Peter mengeluarkan peraturan tersebut pada November 2023. – Google

Sebuah sekolah rendah di Britain mengenakan bayaran kepada ibu bapa yang lambat mengambil anak mereka pulang dari sekolah, lapor akhbar Metro UK semalam.

Tindakan itu dilakukan selepas guru-guru di Sekolah Rendah St Peter’s Church of England di Folkestone memaklumkan bahawa mereka tidak dapat meneruskan kerja apabila ibu bapa datang lewat ke sekolah.



Guru besar sekolah berkenaan, Toni Browne mengeluarkan peraturan mengarahkan pelajar menyertai persatuan jika dijemput lewat dan bayaran £6 (RM36) dikenakan terhadap ibu bapa mereka.

“Kami menghadapi peningkatan bilangan pelajar yang lewat dijemput pulang. Pihak sekolah tidak menerima sebarang makluman atau permohonan maaf daripada ibu bapa.

“Kakitangan kami mempunyai kerja untuk diselesaikan sebaik sahaja tamat mengajar  dan tindakan ibu bapa yang tiba lewat menghalang kakitangan daripada meneruskan kerja mereka,” kata Browne.

Majlis Daerah Kent kemudian mengesahkan bahawa kesemua pelajar dijemput pulang dari sekolah tepat pada masanya selepas peraturan baharu itu diperkenalkan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading