Lebih mudah diakses

Lebih mudah diakses

Lebih mudah diakses
IDHAM (kanan) bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abduk Aziz (tengah) yang melancarkan program kerjasama antara CelcomDigi dan Yinson.

Kuala Lumpur: CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson GreenTech bekerjasama menawarkan peluang pemilikan kenderaan elektrik (EV) kepada rakyat Malaysia menerusi langganan akaun pascabayar CelcomDigi.

Menerusi kerjasama antara Pusat Inovasi CelcomDigi dan Yinson GreenTech, unit perniagaan teknologi hijau Yinson Holdings Berhad (Yinson), pelanggan kini boleh menyewa milik (lease-to-own) e-motosikal rydeEV, hanya dengan mendaftar mana-mana pelan 5G Pascabayar CelcomDigi dengan pelan ansuran Easy360.

Ini adalah tawaran pertama yang dilancarkan sejak kedua-dua pihak memeterai MoU pada September lalu dengan fokus untuk meneroka pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik yang inovatif bagi pengguna Malaysia dan memacu EV serta penerapan tenaga hijau di negara ini.



Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, anjakan dalam landskap pengangkutan menunjukkan kenderaan elektrik adalah masa depan.

aysia. Perubahan terbabit boleh dipercepat sekiranya kita memikirkan kerjasama merentas industri dari sudut berbeza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis




“Saya teruja dengan kerjasama antara CelcomDigi dan Yinson Greentech. Kolaborasi kami boleh menjadikan EV lebih mudah diakses oleh ramai rakyat Malaysia secara berskala dan cepat, dengan cara paling mudah iaitu hanya melalui langganan pelan pascabayar,” katanya dalam kenyataan.

Untuk memiliki e-motosikal rydeEV secara mudah dengan pelan ansuran Easy360 semua-dalam-satu CelcomDigi, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mana-mana pelan Pascabayar 5G CelcomDigi dan melanggan pelan ansuran Easy360 untuk menyewa milik salah satu daripada dua e-motosikal rydeEV – pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper) selama 36 bulan.

Selain itu, manfaat pelan ansuran Easy360 juga termasuk bayaran pendahuluan RM0 (untuk pelanggan yang berkelayakan), faedah 0 peratus dan rebat pelan pascabayar RM10 selama 36 bulan.

Malah, pelanggan juga dapat menikmati manfaat tambahan yang berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak, termasuk pertukaran bateri tanpa had di stesen-stesen bateri terpilih (kini tersedia di Lembah Klang), cukai jalan dan perlindungan insurans serta penyelenggaraan motosikal (kecuali tayar).



Selepas tamatnya kontrak selama 36 bulan, pelanggan mempunyai pilihan untuk memiliki e-motosikal dengan hanya RM1.

Bagi pelanggan yang layak untuk Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) juga layak menikmati rebat RM2,400 untuk pembelian e-motosikal mereka, dalam bentuk rebat bulanan RM200 selama tempoh 12 bulan.

Lebih mudah diakses

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Doktor ‘Halang’ Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button