Ahmad Zulqarnain letak jawatan di PNB, sah terajui KWSP

Ahmad Zulqarnain letak jawatan di PNB, sah terajui KWSP

Ahmad Zulqarnain letak jawatan di PNB, sah terajui KWSP
Ahmad Zulqarnain Onn.

Kuala Lumpur: Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Zulqarnain Onn sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan berkuatkuasa 16 Februari 2024.

Selepas lebih tiga tahun bersama PNB, Ahmad Zulqarnain akan menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sepanjang perkhidmatan di PNB, beliau memainkan peranan penting dalam memajukan mandat PNB, mencatat pencapaian penting perniagaan dan dalam memupuk inovasi.



Beliau amat berdedikasi dalam mengukuhkan kepercayaan negara terhadap PNB dan memperbaharui matlamat menyeluruh organisasi untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda melahirkan penghargaan kepada Ahmad Zulqarnain yang akan meninggalkan PNB.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan di PNB, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad Zulqarnain atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada PNB, ASNB dan Kumpulan syarikat PNB sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini.

“Kepimpinan beliau telah memainkan peranan penting dalam menyusun pelan strategik tiga tahun yang baharu dan mengemudi PNB ke arah meningkatkan pulangan portfolio, ketangkasan operasi, memperkukuh keupayaan organisasi untuk menjadi progresif dan bertindak balas secara berkesan kepada cabaran yang dinamik.



“Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau dalam peranan baharunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengumuman Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan baharu untuk PNB akan dibuat dalam masa terdekat.

Ahmad Zulqarnain letak jawatan di PNB, sah terajui KWSP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Doktor ‘Halang’ Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button