Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis

Netizen Dedah Pernah Dirotan Bapa Siti?-“Pak Cik Ni Yang Saya..”

Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis

Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis
Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat membuat perkongsian mengenai arwah bapanya, Allahyarham Haji Tarudin Bin Ismail sempena Hari Polis ke-216, hari ini.

“Sebagai Anak Polis Saya Akan Sentiasa Mengenang…”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid bin Mohamad Jiwa turut dilihat menghadiri Sambutan Hari Polis ke-216 di IPD Ampang Jaya, pagi ini. Jelas Siti, dia sebagai anak polis akan sentiasa mengenang dan terus berbakti kepada keluarga Polis selagi termampu

“Selamat Hari Polis, sebagai anak polis saya akan sentiasa mengenang dan terus berbakti kepada keluarga polis selagi termampu.



Setiap sumbangan kecil saya sebenarnya adalah sumbangan daripada Arwah Ayahanda saya, Sarjan Bersara Haji Tarudin bin Ismail.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati  Arwah Abah dan tempatkan Abah bersama insan terpilih di sana..Aminn.”-tulis Siti

Netizen Dedah Pernah Dirotan Oleh Bapa Siti

Apa yang mencuri perhatian di ruangan komen, adalah komen oleh seorang netizen yang dikenali sebagai enciknin, mengenang sikap arwah bapa Siti merupakan seorang yang tegas dan garang. Malah ketika masih kecil, dia pernah dirotan dengan kayu akibat mandi di tasik berhadapan rumah penyanyi itu di Kuala Lipis, Pahang.

“Pakcik ni yang saya kenali seorang yang tegas dan garang. Teringat dulu kena rotan  dengan kayu sebab mandi air tasik depan rumah dia di lepeh. Last sekali abis dia tutup terus tasik tu dengan tanah.



Yelah masa kecik bukan tahu bahaya ke tidak, akal nak seronok je..Tapi azab kena kayu kat atas belakang 😂.”-kongsi netizen

Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis

 

Dalam pada itu, netizen ini menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah menyimpan dendam di atas tindakan arwah bapa Siti suatu ketika dahulu, malah dia bertujuan hanya sekadar mencuit kenangan sahaja.



Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Facebook
Youtube

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading