Bekal barang gaming

Bekal barang gaming

Bekal barang gaming
MUHAMMAD Hafiy Isyraf (dua dari kiri) menjalankan perniagaan barangan pemainan gaming. Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD

GOGO Gaming Empire (GGE), syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan barangan permainan gaming berada di landasan tepat meluaskan pasarannya melalui penyediaan barangan teknologi maklumat (IT) dan elektronik kepada syarikat swasta dan kerajaan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Hafiy Isyraf Mohd Rosli berkata, tahun ini, pihaknya komited membuka peluang baharu terutamanya dalam sektor korporat.

Katanya, GGE juga akan memperkenalkan perkhidmatan sewaan konsol, projektor dan teknologi realiti maya (VR) untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mencari pengalaman dalam permainan e-sukan.



“Strategi lain yang diambil adalah dengan menganjurkan acara e-sukan khusus untuk syarikat korporat, kerajaan atau sektor swasta, yang mana langkah ini tidak hanya berperanan sebagai strategi pemasaran yang cemerlang untuk mempromosikan GGE, tetapi juga sebagai peluang untuk membangunkan hubungan dengan komuniti perniagaan dan merancakkan minat dalam industri e-sukan.

“Dengan pendekatan holistik ini, syarikat tidak hanya terbabit dengan pelanggan secara langsung melalui jualan dalam talian, tetapi juga memanfaatkan peluang lain di sektor korporat dan penyediaan perkhidmatan untuk memperluaskan impak dan sumber pendapatan GGE,” katanya kepada Bisnes Metro.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis




Menurutnya, GGE ditubuhkan pada 2021 dengan modal permulaan hanya RM500 dan disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika itu, industri permainan video melonjak naik seiring permintaan barangan gaming.

Pihaknya mengambil peluang itu untuk menjana pendapatan menjual aksesori permainan video yang seterusnya berkembang sehingga berjaya menjana jualan mencecah RM1.3 juta.

Muhammad Hafiy berkata, industri permainan e-sukan memang mencabar, apatah lagi dalam dunia game yang berkembang pantas.

“Kami sentiasa menyelidik berita gaming dan menyertai komuniti gamers serta aktif mengikuti laman web industri, sumber berita gaming terkemuka dan platform media sosial untuk memahami trend terkini.



“Kami juga antara pihak terawal yang mempunyai Playstation Portal dan menjual unit keluaran terbarunya di Malaysia. Selain itu, kami juga pernah menaja pasukan PEAxSMEBaruz,” katanya.

Beliau berkata, sebagai syarikat pemula yang menceburi perniagaan gaming, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi sokongan dari segi program latihan dan pendidikan dalam bidang ini.

Selain itu katanya, kerajaan boleh berbuat demikian dengan menyediakan insentif pinjaman perniagaan untuk meringankan beban kewangan pemain industri.

Bekal barang gaming


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button