Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan

Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan

Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan
Prof Dr Barjoyai Bardai

Kuala Lumpur: Penamatan skim pencen bagi mengurangkan perbelanjaan besar negara, dilihat bukan jalan penyelesaian holistik, kata pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Menurutnya, matlamat utama kerajaan untuk menjimatkan belanjawan tahunan dengan memansuhkan skim pencen itu sebenarnya belum tentu memberi jaminan bahawa penjimatan berkenaan dapat dicapai, terutama dalam jangka masa pendek.

Katanya, bagi jangka masa pendek, sudah pasti kerajaan akan menambah perbelanjaan kerana perlu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



“Mulai 1 Februari, kerajaan perlu membayar 13 peratus syer majikan untuk setiap kakitangan yang mula berkhidmat dan 11 peratus pula akan ditolak daripada gaji kakitangan, skim ini sama dengan persaraan swasta.

“Jika andaian kerajaan dapat menjimatkan RM35 bilion apabila skim pencen ditamatkan, sebenarnya tidak. Tetapi, untuk tempoh 40 tahun (jangka panjang), baru nampak kesan penjimatan terbabit,” katanya kepada Bisnes Metro.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis




Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan perlu melaksanakan langkah menjimatkan perbelanjaan kerana jika tidak bertindak cepat, negara perlu menanggung tambahan RM50 bilion dalam bentuk perbelanjaan pencen, menjelang 2040.

Justeru katanya, pelaksanaan tindakan yang konkrit perlu diambil untuk menyediakan pesara ini dengan sumber kewangan seperti mewujudkan tabung pencen yang mana negara mempunyai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

“Kerajaan perlu melabur dengan anggaran RM15 bilion setiap tahun dalam KWAP dan wang itu nanti akan dilaburkan melalui skim pelaburan di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB), atau dana yang boleh mewujudkan pendapatan dan hasil pendapatan inilah yang akan digunakan untuk membayar pencen,” katanya.

Bagaimanapun, beliau sendiri tidak berapa setuju dengan cadangan menamatkan skim pencen kerana ia seperti memberi harapan ‘kosong’ kepada kerajaan untuk menjimatkan wang.



Selain itu katanya, ia sudah pasti ia akan menurunkan motivasi pekerja kerajaan yang berkhidmat.

“Golongan profesional seperti doktor mereka lebih memilih berkhidmat di sektor kerajaan kerana faedah pencen.

“Jika ia dimansuhkan akan memberi kesan kerana menjejaskan produktiviti negara, malah solusi itu tidak mengurangkan perbelanjaan, bahkan menurunkan motivasi, prestasi dan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Namun begitu, Barjoyai berpendapat, bagi kakitangan yang berumur 25 hingga 30 tahun, skim pencen KWSP ‘lebih berbaloi’.



“(Ini) kerana ramai yang cukup disiplin tidak mengeluarkan wang dan apabila bersara, baki simpanan mampu mencecah RM1.5 juta (setiap bulan boleh mengeluarkan kira-kira RM7,500).

“Jumlah itu sebenarnya lebih banyak yang diterima daripada skim pencen kerajaan,” katanya.

Tamatkan skim pencen belum tentu beri penjimatan kepada kerajaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button