Malaysia, Oman sama kuat di Muscat

Oleh – Syeikh Baran


Malaysia, Oman sama kuat di Muscat
Akhimullah Anuar antara penjaring gol ketika Malaysia menentang Oman dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman pada Ahad. Foto: International Hockey Federation (FIH)

SKUAD hoki lima sebelah (5s) lelaki negara terlepas peluang membawa pulang tiga mata apabila diikat Oman 3-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman pada Ahad.

Gol anak buah Wallace Tan dijelmakan menerusi gol padang, Syarman Mat Tee minit kesembilan sebelum kapten pasukan Mohamad Akhimullah Anuar Esook melebarkan jaringan empat minit kemudian.



Bagaimanapun Oman mengurangkan defisit menerusi gol padang Fahad Al Lawati minit ke-13, namun Mohamad Akhimullah melebarkan kedudukan skuad negara tiga minit kemudian.

Biarpun begitu Oman yang beraksi di laman sendiri kembali lebih bertenaga apabila meledak dua gol bermula dengan jaringan padang Aiman Madit minit ke-22 sebelum Khalid Al menambah jaringan peribadi kedua tiga minit selepas itu bagi mengikat kedudukan 3-3.

“Kami bermain dengan baik, tetapi penyudah kurang sempurna menyebabkan Malaysia terlepas peluang jaringkan gol.

“Kami terlepas peluang menjaringkan gol terutamanya menerusi kelebihan challenge.



“Kami perlu memperbaiki kesilapan tersebut serta bangkit kembali pada aksi seterusnya,” kata Akhimullah.

Skuad Wallace akan berdepan Amerika Syarikat dalam perlawanan kedua awal pagi Isnin, sebelum melabuh cabaran berdepan Fiji dalam perlawanan terakhir pada hari sama selepas itu.

Sementara itu, Amerika Syarikat menyingkap kempen dengan membelasah Fiji, 14-3 dalam satu lagi perlawanan yang menyaksikan separuh masa pertama skuad hoki negara Uncle Sam tersebut memimpin perlawanan 3-2 sebelum menambah 12 gol lagi selepas itu.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading