Arsenal masih belum terkeluar

Oleh – Syeikh Baran


Arsenal masih belum terkeluar
ARSENAL menunjukkan kebangkitan ketika mengatasi Palace dan bersedia untuk terus melakar kemenangan ke atas Forest awal pagi esok. – AFP

Legenda Arsenal, Ray Parlour menganggap pasukan itu masih belum terkeluar daripada persaingan merebut takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menjelang pertemuan dengan Nottingham Forest di City Ground awal pagi esok.

Selepas membelasah Crystal Palace 5-0 sebelum ini, Parlour menaruh sepenuh kepercayaan bahawa pengurus, Mikel Arteta memiliki kemampuan untuk menamatkan kemarau gelaran EPL sejak 20 tahun lalu.



Justeru, beliau berharap Arteta mendapatkan bimbingan daripada pengurus legenda The Gunners, Arsene Wenger yang pernah mengemudi pasukan itu memenangi liga tanpa sebarang kekalahan pada kempen 2003/04.

“Sekiranya Mikel (Arteta) mahu berjumpa dan berbincang mengenai pasukan, saya yakin Arsene Wenger sedia untuk meluangkan masa. Beliau boleh berkongsi resepi kejayaan untuk Arsenal mencabar kejuaraan liga musim ini.

“Saya dapat lihat ada Arsene Wenger dalam diri Mikel selain memiliki ciri-ciri Pep Guardiola. Saya yakin anda semua boleh lihat perkara itu setiap kali beliau berada di tepi padang,” katanya.

Menjelang aksi menentang Forest, Arsenal pastinya menganggap perlawanan itu penting dalam usaha mereka merapatkan jurang mata dengan peneraju liga, Liverpool yang memiliki kelebihan lima mata.



Selain itu, The Gunners juga boleh menarik nafas lega apabila beberapa pemain utama seperti Gabriel Martinelli dan Oleksandr Zinchenko dilaporkan cergas sepenuhnya untuk aksi bertemu Forest. – AGENSI
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading