Polis siasat video puntianak terbang

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat video puntianak terbang
Polis setempat sedang menyiasat kesahihan video didakwa kelibat puntianak tersebut. – Istimewa

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan lembaga dipercayai puntianak berdiri tegak sebelum terbang, lapor laman berita Detik kelmarin.

Kejadian berlaku di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.



Berdasarkan video tersebut, susuk misteri seperti tubuh manusia dilihat berdiri tegak dalam persekitaran  gelap.

Dalam keadaan samar itu,  pakaian berwarna putih dan rambutnya yang panjang mengurai masih kelihatan.

Satu suara misteri yang menyeramkan turut didengari dalam video tersebut sebelum lembaga itu terbang dan menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bontonompo Selatan, Rahmat T berkata, kejadian  berlaku di Kampung Tanrara.



Pihaknya kini menyiasat kesahihan video tersebut.

“Polis setempat telah menghubungi ketua kampung, namun tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk mengenai kejadian itu setakat ini,” katanya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading